Khairul Aming cirit-birit 5 hari, rupanya dijangkiti E. coli ketika misi bantuan banjir. 6 info penting perlu hadam!
DIKEJARKAN ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang daripada Misi Bantuan Orang Baik (BOB) di Kelantan baru-baru ini, personaliti media sosial, Khairul Aming mendedahkan dirinya sudah pulih.
Malah pemilik nama Khairul Amin Kamaruzaman itu sudahpun mendaftar keluar dari wad.
Jika baru-baru ini hanya mengetahui tentang jangkitan bakteria, akhirnya anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu mengetahui lebih spesifik mikroorganisma yang menjadi penyebabkan cirit-birit yang luar biasa dihadapinya.
Ujarnya, beliau terkena jangkitan Bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli atau nama ringkasnya E. coli ketika membuat bantuan banjir.
Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi atau kurang air.
'Baru lepas discharged from hospital.Long story short, terkena jangkitan E. coli masa buat bantuan banjir last week.
"Severe diarrhea for five days sampai dehydrated badan. Now Alhamdulillah sudah fully recovered and back to work," kongsinya.
Khairul Aming, yang terkenal dengan video masakan kreatif serta produk Sambal Nyet terdahulu terpaksa menerima rawatan di sebuah klinik susulan cirit-birit teruk yang membuatkan tubuhnya lemah.
10 INFO E.COLI
1-Sekadar info, E. coli ialah bakteria dari saluran pemakanan iaitu Escherichia coli yang mengeluarkan sejenis toksin yang tahan suhu panas.
2-Memetik Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria tersebut ialah yang berasaskan daging seperti burger separuh masak, keju, cendol, makanan segera dan minuman yang tercemar
3. Ia merebak menerusi makanan tidak dimasak dengan sempurna, air yang tercemar dan pencemaran silang dari daging mentah kepada makanan yang telah dimasak
4. Antara tanda-tanda keracunan makanan disebabkan bakteria itu ialah cirit birit berdarah, sakit perut yang teruk dan loya. Namun dalam kes yang sangat teruk, kesan dari keracunan makanan oleh bakteria E. coli boleh menyebabkan radang usus terutama sekali pada kanak-kanak dan warga tua dan sindrom Haemolytic Uraemic malah boleh juga menyebabkan kematian.
5. Tempoh jangkitan boleh mengambil masa selama enam jam hingga ke tiga hari. Namun kebiasaannya ia berlaku dalam masa 10 hingga 15 jam.
6. Antara langkah-langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah memasak daging dengan sempurna (pada suhu lebih dari 75 darjah Celcius), menyediakan makanan dan minuman dengan menggunakan air yang bersih dan memasak apa juga hidangan dengan masak dengan sempurna.
Sumber: X Khairul Aming
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang