Captain Dolphin lancar 6 produk baharu, Erra Fazira kekal jadi duta sejak 3 tahun
JENAMA minuman dan pencuci mulut popular, Captain Dolphin, terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan apabila memperkenalkan enam produk baharu yang menarik perhatian pencinta kudapan. Antara rangkaian terbaharu yang dilancarkan termasuk Magic Balls, Crystal Bubble, Coco Cube, Nata De Coco, Jelly Yogurt dan Pudding Yogurt.

Selain itu, Captain Dolphin turut memperkenalkan tiga perisa baharu konjac jeli iaitu Calamansi, Caramel dan Cola yang diyakini mampu mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan penggemar makanan ringan bertekstur kenyal.
Majlis pelancaran kali ini lebih istimewa kerana turut dimeriahkan oleh duta jenama Captain Dolphin, Erra Fazira, yang hadir penuh anggun. Ibu kepada Engku Aleesya itu sememangnya sinonim dengan jenama berkenaan sejak tiga tahun lalu. Kehadirannya bukan sahaja sebagai wajah jenama, malah menjadi sebahagian daripada perjalanan Captain Dolphin untuk lebih dekat dengan pelanggan.

Pengarah Urusan Captain Dolphin, Tan Seng Chon yang turut hadir dalam majlis tersebut menzahirkan penghargaan terhadap sokongan padu Erra yang banyak membantu dalam mengangkat imej syarikat.
Menurut beliau, kehadiran figura sepopular Erra Fazira memberi nilai tambah kepada usaha Captain Dolphin yang sentiasa menekankan kualiti serta inovasi produk.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
