Nisa Bakri dan Meet Mee satukan cita rasa dalam Chilli Wantan Mee

DUNIA kulinari tempatan menyaksikan satu lagi pencapaian membanggakan apabila dua jenama ternama, Meet Mee dan Nisabakri Gourmet, bergabung tenaga dalam satu kolaborasi eksklusif yang memperkenal produk terbaharu, Chilli Wantan Mee.

Majlis pelancaran produk tersebut telah berlangsung dengan penuh meriah di Galeri KL Wellness City.
Produk baharu itu merupakan hasil kerjasama strategik antara Meet Mee, jenama makanan segera yang terkenal dengan mi berkualiti tinggi, dan pengasas kepada jenama Nisabakri Gourmet, Cef Puan Sri Nisa Bakri.

Produk chilli wantan mee iaitu sejenis mi diinspirasikan daripada cita rasa tempatan yang digemari ramai iaitu pedas, lazat, mudah disediakan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Nisa Bakri ketika ditemui menyatakan rasa syukur atas peluang untuk berganding bahu dengan Meet Mee. Beliau berharap kerjasama tersebut akan memperluaskan lagi jenama tempatan ke peringkat lebih tinggi melalui pendekatan digital dan kontemporari.

Produk tersebut juga mendapat pensijilan halal,menjadikannya antara pilihan mi wantan halal yang tersedia di pasaran.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang