SMC terapkan seni dan permainan dalam rawatan kanser kanak-kanak

No Image Caption
A
A
A

Apabila bercakap soal kanak-kanak dan kesihatan, bukan sekadar ubat dan rawatan yang penting, harapan dan semangat juga memainkan peranan besar.

Pusat Perubatan Sunway (SMC) kini menonjol dalam misi tersebut melalui kerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), disokong oleh 11 organisasi lain termasuk PEKA-ENDAH HRPB, CAKNE-PPUKM, dan MASPHO.

Kerjasama berkenaan disempurnakan melalui MoU, bertujuan memperkukuh penjagaan kanser kanak-kanak di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SMC, Dr Seow Vei Ken berkata, pendekatan pelbagai disiplin adalah kunci: pakar hematologi, onkologi, rawatan rapi, jururawat, ahli psikologi dan terapis permainan bekerja rapat bagi memastikan rawatan holistik yang selamat dan mesra emosi.

SMC juga memperkenalkan Program Pakar Permainan (Play Specialist Programme) pada 2024.

Program itu menggunakan terapi seni dan permainan untuk membantu kanak-kanak meluahkan emosi, mengekalkan rasa normal sepanjang rawatan, dan menyemai rasa ceria walaupun dalam situasi sukar. Karya seni pesakit dipamerkan di lobi hospital, membuktikan kreativiti juga menjadi sebahagian daripada penyembuhan.

Menurut Pengarah Urusan NCSM, Prof Dr Murallitharan Munisamy, di sebalik setiap statistik kanser, terdapat kanak-kanak dengan impian dan harapan.

Semangat mereka inilah yang mendorong misi penjagaan kanser pediatrik.

Dengan lebih 26 subkepakaran pediatrik, lebih 50 perunding pediatrik, Pusat Kesihatan & Pembangunan Kanak-Kanak, dan Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak 24 jam, SMC menawarkan penjagaan paling komprehensif untuk kanak-kanak.

Pusat Kanser Sunway pula menyediakan rawatan lengkap termasuk kemoterapi, radioterapi, dan terapi sasaran.

Ia bukan sekadar merawat penyakit, bahkan menyemai harapan, kreativiti dan semangat dalam setiap kanak-kanak yang mereka rawat.

Malah, ia turut diiktiraf tiga tahun berturut-turut sebagai hospital terbaik Malaysia dalam pediatrik dan disenaraikan antara hospital terbaik dunia oleh Newsweek.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang