TEER pertama di selatan Malaysia, harapan baharu untuk pesakit jantung

PANTAI Hospital Ayer Keroh membuktikan keunggulannya dalam dunia perubatan apabila menjadi hospital pertama di bahagian selatan Malaysia yang berjaya melaksanakan Transcatheter Edge-to-Edge Repair (TEER) menggunakan teknologi MitraClip, satu prosedur canggih yang digunakan untuk merawat kebocoran injap jantung (mitral regurgitation).
Pencapaian itu dianggap sebagai satu langkah besar dalam meningkatkan taraf rawatan jantung di negara ini, terutamanya di selatan tanah air yang sebelum ini terpaksa merujuk kes kompleks ke hospital-hospital pakar di Lembah Klang atau luar negara.
“Kejayaan ini adalah bukti komitmen kami untuk terus maju dalam bidang kardiologi dan memberi rawatan bertaraf antarabangsa kepada rakyat Malaysia,” kata Tan Yew Aik selaku Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ayer Keroh.
Beliau turut menekankan bahawa kejayaan ini melengkapkan lagi senarai prosedur inovatif yang ditawarkan oleh hospital tersebut, termasuk Transcatheter Aortic Valve Implantation (TAVI) dan penggunaan WATCHMAN device, menjadikan pusat ini sebagai salah satu Center of Excellence.
Kebocoran injap jantung berlaku apabila injap mitral dalam jantung gagal untuk tertutup dengan baik. Ia menyebabkan darah mengalir ke belakang semasa pengepaman. Keadaan ini menyebabkan jantung bekerja lebih keras dan boleh membawa kepada kegagalan jantung jika tidak dirawat.
“Ramai pesakit mengalami simptom seperti sesak nafas, cepat penat dan bengkak kaki. Jika dibiarkan, keadaan boleh menjadi lebih serius,” jelas Datuk Dr Nor Izham Aziz, Pakar Perunding Kardiologi yang mengetuai prosedur bersejarah ini.
Menurut beliau, TEER adalah pilihan yang sangat sesuai untuk pesakit berisiko tinggi, khususnya warga emas atau mereka yang tidak boleh menjalani pembedahan terbuka kerana faktor kesihatan lain. Prosedur ini minimally invasive, bermakna ia tidak memerlukan pembedahan besar dan pesakit boleh pulih lebih cepat.
Kejayaan ini turut disaksikan oleh dua pakar antarabangsa terkenal Thailand, iaitu Dr Krissada Meemook dari Ramathibodi Hospital dan Dr Tawai Ngernsritrakul dari Bumrungrad International Hospital yang hadir sebagai ‘pengawas’ untuk memastikan prosedur mengikut piawaian antarabangsa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang