TULAR ketika ini kononnya pihak PLUS akan memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus terhadap orang ramai yang ingin pulang ke Johor untuk mengundi.

Namun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS), pihaknya menafikan perkara tersebut.

Kenyataan bertarikh hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi seperti mana yang tular pada ketika ini.

Pihak PLUS juga memandang serius perbuatan tersebut yang menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai.

Justeru, PLUS akan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit.

 

Baca juga: Jalan Berlubang, PLUS Tawar Bantuan Buat Pengguna Terkesan Di NKVE

Jadi kepada yang pandai-pandai buat kenyataan tersebut dan tularkannya, mungkin dengan niat untuk suka-suka, ini pengajarannya.

Perkara ini nampak macam remeh namun boleh jadi isu besar. Menipu masyarakat, menyebarkan berita tidak benar dan melibatkan logo syarikat. Impaknya adalah ia akan menjejaskan reputasi syarikat tersebut.

Nasihat Bibir Merah, lain kali jangan suka-suka sebarkan perkara yang tak benar, buruk padahnya.

Baca juga: PLUS Mohon Maaf, Ini 4 Langkah Dibuat Demi Keselesaan Orang Ramai

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI