Awas jerebu! Minum banyak air, pakai pelitup muka, 10 golongan berisiko tinggi berhati-hati elak bahaya

A
A
A

JEREBU ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara.

Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi.

Dalam perkembangan terkini, setakat 12 tengah hari, 2 Oktober 2023, 14 lokasi diumumkan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat seperti berikut:

1-Taiping, Perak: 151

2-Batu Muda, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 151

4-Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 163

5-Wilayah Persekutuan Putrajaya: 155

6-Petaling Jaya, Selangor: 155

7-Shah Alam, Selangor: 156

8-Klang, Selangor: 134

9-Banting, Selangor: 156

10-Johan Setia, Selangor: 151

11-Nilai, Negeri Sembilan: 157

12-Seremban, Negeri Sembilan: 155

13-Alor Gajah, Melaka: 133

14-Bukit Rambai, Melaka: 151

Baca juga: 7 darurat di Malaysia sejak 1948 hingga hari ini yang ramai tak tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Manakala pada jam 4 petang, berikut catatan IPU yang direkodkan di sembilan lokasi berikit:

 

1-Taiping, Perak: 109

2-Batu Muda, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 137

3-Wilayah Persekutuan Putrajaya: 154

4-Petaling Jaya, Selangor: 154

5-Shah Alam, Selangor: 155

6-Klang, Selangor: 123

7-Banting, Selangor: 155

8-Nilai, Negeri Sembilan: 162

9-Port Dickson, Negeri Sembilan: 154

KPM MINTA NASIHAT KKM SAMA ADA TUTUP SEKOLAH ATAU TIDAK

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mendapatkan cadangan dan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup atau sebaliknya jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus meningkat.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat KKM dari semasa ke semasa.

"Ia bergantung kepada cadangan atau nasihat sama ada menutup sekolah, memakai pelitup muka atau sebagainya," katanya

Utara Semenanjung diramal alami jerebu hingga 29 Januari, banyakkan minum air

Baca juga: Utara Semenanjung diramal alami jerebu hingga 29 Januari, banyakkan minum air

10 GOLONGAN BERISIKO TINGGI

Kepada anda yang berada di lokasi berkenaan, ambil langkah berjaga-jaga kerana jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi seperti di bawah:

a)Kanak-kanak

b)Warga emas

c)Pesakit asma

e)Pesakit bronkitis

f)Pesakit radang paru-paru

g)Pesakit paru-paru yang kronik

h)Pesakit jantung

i)Individu yang mempunyai alahan

j)Perokok

k)Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Baca juga: Waspada! Risiko jerebu dijangka bermula Sabtu ini, taburan hujan rendah

LANGKAH BERJAGA-JAGA

Justeru, anda yang berisiko tinggi perlu melakukan langkah pencegahan agar ia tidak memberikan kesan buruk kepada kesihatan:

1-Individu yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik dinasihatkan mendapatkan rawatan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2-Mereka yang berada di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

3-Pakai pelitup hidung dan mulut terutama penunggang motosikal, anda yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk

4-Sebolehnya, orang ramai dinasihatkan agar berada di dalam bangunan atau rumah selama yang mungkin.

5-Mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti bersukan.

6-Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

7-Gunakan kemudahan pendingin hawa sekiranya menaiki kenderaan.

8-Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa terhidrat dengan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

9-Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, individu berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Kredit foto: cottonbro

TANDA JEREBU TELAH MENJEJASKAN KESIHATAN

Jerebu boleh mengakibatkan gejala kepada mereka yang terdedah secara berterusan termasuk:

• Gatal-gatal pada bahagian kerongkong dan batuk-batuk

• Sukar untuk bernafas atau sesak nafas

• Mata pedih dan berair

• Hidung berair dan kerap bersin

• Gatal-gatal kulit

• Sakit dada

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Kredit foto utama: Freepik

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Info Sihat KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca