Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa
Strok haba: Ibu bapa jangan abai tanda anak sakit ketika cuaca panas elak hilang nyawa
PENINGKATAN suhu persekitaran dan gelombang haba yang sedang dihadapi pada masa kini kian membimbangkan dan mengancam kehidupan.
Sana-sini membicarakan soal cuaca panas yang membahang. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos susulan musim Peralihan Monsun.
Status cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan peningkatan suhu meningkat ke 35 hingga 37 darjah Celcius diramal berlaku terutamanya di kawasan Utara dan Pantai Timur.
Perkara yang paling ditakuti ketika suhu sekeliling panas ialah keletihan atau kelesuan akibat panas (heat fatigue), pitam atau pengsan (heat syncope), kekejangan akibat daripada panas (heat cramps), keletihan atau kepenatan akibat panas (heat exhaustion) dan strok haba (heat stroke).
Baru-baru ini dua kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia kerana strok haba mengejutkan negara. Kanak-kanak berusia 11 tahun dan satu tahun tujuh bulan di Kelantan masing-masing meninggal dunia pada 25 April 2023.
Baca juga: Post-mortem dapati organ dalaman hangus, kanak-kanak pergi selamanya asbab strok haba, dehidrasi
Baca juga: Paru-paru kecut, air dalam badan kering, kanak-kanak setahun maut strok haba di Kelantan
Waspada dan pekalah kepada kanak-kanak. Individu dewasa khususnya ibu bapa dan penjaga dinasihatkan melakukan perkara berikut kepada si kecil:
a.Tingkatkan pengambilan air dan pastikan mereka terhidrat
b.Jangan tinggalkan anak dalam kenderaan
c.Kurangkan aktiviti luar
d.Kekal di dalam rumah
e.Bermain di tempat yang teduh
f.Pakai pakaian terang, ringan dan longgar
Ibu bapa dan penjaga juga hendaklah peka jika anak anda mengadu simptom-simptom yang menunjukkan masalah kesihatan kerana cuaca panas.
Baca juga: Hanya 15 minit, badan boleh diserang strok haba. Waspada!
Baca juga:Cuaca panas buatkan si kecil cepat dehidrasi. Mak ayah wajib kenal tanda-tanda anak tak cukup air
TANDA-TANDA STROK HABA
Berikut adalah simptom strok haba dan keletihan haba yang perlu anda peka.
1-Sakit kepala berdenyut.
2-Tidak berpeluh
3-Suhu badan meningkat
4-Kulit panas, kering dan merah
5-Muntah atau loya
6-Nadi kuat dan laju
7-Boleh pengsan
Jika ini berlaku, segera dail 999, baringkan mangsa, beri minuman, gunakan kipas atau pendingin hawa dan naikkan kaki sementara bantuan sampai.
Sentiasa ada pek ais atau ice pack untuk kecemasan di rumah. Anda boleh meletakkan pek ais pada leher, ketiak, dan celah kelangkang mangsa untuk menurunkan suhu.
Baca juga:Hadkan aktiviti luar, 8 info cuaca panas dijangka berpanjangan hingga Ogos
Sumber: Public Health Malaysia
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlusuntuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang