10 fakta menarik Muhammad Azeem, akhiri penantian 41 tahun negara, kini dinobat ketiga terbaik Asia

A
A
A

MENJADI kebanggaan ramai, pelari pecut sensasi Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi membuktikan usahanya mempamerkan larian hebat di Sukan Asia, Hangzhou membuahkan hasil apabila meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki.

Pelari berusia 19 tahun itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11 saat, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya, iaitu 10.09 saat yang dicipta semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah-20 di Cali, Colombia.

Baca juga: Miliki 2 pingat Olimpik, 7 dari kejohanan dunia, 16 fakta Pandelela yang mengagumkan

Bijak dalam akademik dan hebat di trek, berikut 10 fakta menarik mengenai anak muda ini:

1- Azeem dilahirkan pada 29 April 2004 di Teluk Intan, Perak. Beliau terdahulu bersekolah di Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star) sebelum meminta izin ibu bapanya untuk ditukarkan ke Sekolah Sukan Gunung Rapat, Ipoh.

2-Bakatnya anak muda ini digilap sejak bangku sekolah lagi. Nama Azeem menjadi tumpuan peminat sukan olahraga tanah air layak ke final acara 100 meter ketika Sukan Malaysia Perak pada usia 14 tahun.

3-Beliau memenangi emas Sukan Sekolah ASEAN 2019 dalam acara 200 meter akhir dengan catatan masa 21.63 saat.

4-Pada Ogos 2022, Azeem memecahkan rekod 100 meter negara yang dipegang Khairul Hafiz Jantan pada Kejohanan Olahraga Dunia B-20 2022 dengan catatan masa 10.09 saat ketika di peringkat saringan.

5-Tidak hanya, Azeem berjaya memecahkan rekod 200 meter bawah 20 tahun negara dengan catatan masa 20.83 saat.

6-Azeem juga memecahkan rekod negara pecut tertutup 60 meter lelaki yang sebelum ini dipegang oleh Watson Nyambek dengan catatan masa 6.63 saat pada separuh akhir pertemuan Terbuka Texas Tech 2023 dan mencatatnya lebih jauh dengan 6.62 saat dalam pertemuan akhir Jemputan Tiger Paw pada 11 Februari 2023.

 

7-Azeem mendapat keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada Januari 2023, Azeem berpindah ke Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan pelajaran dalam fisiologi senaman dan kinesiologi di Universiti Auburn, Alabama.

8-Sejak berpindah ke AS, beliau telah berlatih di bawah jurulatih Zimbabwe, Ken Harnden.

9-Pingat gangsa dimenangi Muhammad Azeem di Sukan Asia HangZhou ini adalah pingat sulungnya di peringkat antarabangsa.

Baca juga: Azizulhasni rangkul 2 emas buat isteri sebak, kejohanan peringkat Asia terakhir sebelum bersara

10-Ia sekali gus juga kemarau empat dekad negara untuk penyudah podium sejak Datuk Rabuan Pit memperoleh emas dalam edisi 1982 di New Delhi, India.

Baca juga: Mun Yee kini fokus sebagai jurulatih, mahu bina akademi renang demi lahirkan atlet pelapis sukan terjun

HADIAH BUAT KELUARGA

Usai perlumbaan, anak kepada pasangan Fahmi Tajuid dan Norazah Ibrahim itu menyatakan kesyukuran di samping menghadiahkan kejayaan yang diraih buat kedua orang tuanya.

"Sejujurnya, saya tidak menjangka akan berada di atas podium malam ini kerana saya tahu ia akan menjadi perlumbaan yang sengit. Semua finalis lari bawah catatan masa 10.20 saat, ini sebenarnya satu daripada perlumbaan terpantas di Sukan Asia kerana setiap orang layak ke final dengan rekod musim dan peribadi terbaik mereka.

"Pingat malam ini sangat bermakna bagi saya, walaupun ia gangsa... ini adalah hadiah kepada ibu bapa saya (Mohd Fahmi Tajuid and Norazah Ibrahim), di mana saya berjanji akan cuba sehabis baik untuk sampaikan pingat kepada mereka kerana ini pertandingan terakhir saya bagi tahun ini.

"Alhamdulillah, saya dapat kotakan janji saya. Ini adalah penutup terbaik musim ini," katanya.

Selepas mengecapi kejayaan sulungnya, Azeem yang bertanding di temasya sukan benua ini buat julung kalinya akan bertanding dalam acara lari berganti-ganti 4x100m esok.

Tidak hanya Azeem, ratu trek negara, Shereen Samson Vallabouy mengakhiri penantian pingat Malaysia dalam olahraga selama 17 tahun dengan menyumbang gangsa dalam acara 400 meter wanita.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam Sukan Asia ialah pada edisi 2006 di Doha, Qatar menerusi Roslinda Samsu yang menyumbang perak dalam acara lompat bergalah dan gangsa diperoleh Noraseela Mohd Khalid dalam 400 meter lari berpagar wanita.

Sumber: Astro Awani, Mstar

Kredit foto: _azeemf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca