7 Puteri Ulik Mayang dipakai Ratu Cantik Malaysia menang anugerah Best National Costume
KOSTUM pakaian kebangsaan atau ‘national costume’ yang digayakan wakil Malaysia ke Miss Grand International 2021 di Bangkok baru-baru ini memukau.
View this post on Instagram
Baca juga: Ratu Unduk Ngadau 2021 mahu semua penduduk hidup sebagai Keluarga Malaysia. Kikis sikap kenegerian
Gadis kelahiran Selangor, Lishalliny Kanaran, pelajar jurusan senibina menggayakan busana dinamakan ‘7 Puteri Purba Ulik Mayang' berjaya meraih anugerah ‘Best National Costume’ dalam acara pertandingan berkenaan.
Pakaian seberat 50 kilogram (kg) yang direka pereka dari Sarawak, Aldrin Grame memaparkan keunikan kisah di sebalik busana ritual berasal dari negeri Terengganu itu.
Lengkap dengan tujuh puteri pada bahagian belakang, penampilan Lishalliny cukup unik berbanding peserta lain.
View this post on Instagram
Kejayaan tersebut berjaya melayakkan beliau disenaraikan dalam Top 20.
Terdahulu, wakil negara iaitu Jasebel Robert berjaya meraih anugerah Miss Grand International Popular 2020. Ketika itu, Robert membawa pakaian yang digayakan Mak Yong.
KISAH DI SEBALIK ULIK MAYANG
Ada pelbagai versi legenda Ulik Mayang. Salah satu darinya ialah tarian ini berasal daripada upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya.
Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru lima lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri
Baca juga: Cedera Di Kepala Akibat Dirampas Mahkota, Ratu Cantik Didakwa Tak Layak Menang
Ia adalah satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.
Lagu Ulik Mayang adalah lagu unik yang mengiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan.
Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sumber: Instagram Aldrin Grame
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang