Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

A
A
A

PELAKON, Elizad Sharifuddin meluahkan rasa terharu apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan doa buatnya agar dikurniakan kehamilan dan cahaya mata.

Raja Permaisuri Agong yang baharu sahaja selamat kembali dari Tanah Suci pada 2 Julai lalu selepas menunaikan ibadah haji telah bertemu dengan Elizad baru-baru ini di Golf Amal Tengku Azizah Fertility Foundation (TAFF) 2023 anjuran Kuala Lumpur Section Society Petroleum Engineer (KLSSPE) di Impian Golf & Country Club, Kajang.

Baca juga: “Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi…” – Elizad gembira dihubungi Raja Permaisuri Agong

Baca juga: “Kandungan tak kuat dan bleeding”, Elizad reda belum rezeki bergelar ibu

Elizad yang sudah lapan tahun menanti kehadiran cahaya mata telah menerima doa yang indah daripada Tunku Azizah.

“Tunku Permaisuri : Elizad, saya baru balik daripada Haji ni (sambil usap perut kita), insya-LLAH ada rezekinya nanti.

”Me : Gembira, terharu dan happy, semua ada.

”Terima Kasih Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah tidak henti daripada Tuanku sejak dahulu lagi,” titip Elizad yang memohon warga maya mengaminkan doa.

Baca juga: Bila awak menggunakan perkataan mandul, ia sangat menyakitkan saya – Siti Elizad buat laporan polis

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Kredit foto: Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia

Pengacara dan penyampai radio itu yang telah lapan tahun menantikan zuriat terdahulu pernah menjalani proses rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF).

Namun beliau mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil.

Hubungan baik Elizad dan Raja Permaisuri Agong bukanlah hal baharu.

Sebelum ini, baginda pernah menghubungi Elizad menerusi panggilan telefon memberikan kata-kata semangat setelah terbaca kisah yang mengatakan penyampai radio Sinar FM itu ‘mandul’.

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Terdahulu, Tunku Azizah pernah berkongsi melalui proses rawatan kesuburan sebanyak 17 kali sebelum dikurniakan anakanda pertama, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah, 27.

Menerusi temu ramah khas itu, baginda mendedahkan pernah menjalani rawatan IVF dan intra-cyptoplasmic sperm injection (ICSI). Dalam tempoh 10 tahun, baginda menghadapi enam kali keguguran.

Melalui pengalaman kesukaran mendapatkan cahaya mata, permaisuri berjiwa rakyat ini menubuhkan sebuah yayasan yang membantu pasangan kurang berkemampuan mendapatkan cahaya mata iaitu Yayasan Fertiliti Tunku Azizah.

Baca juga: Raja Permaisuri Agong hadiahkan hantaran perkahwinan baginda, Keringkam usia 35 tahun kepada Muzium Sarawak

Sumber: Instagram Elizad Sharifuddin, Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia

Kredit foto utama: Instagram Elizad, Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca