Bukan 44 hari, gaya hidup sihat seumur hidup, Dr Amalina kongsi 8 amalan selepas bersalin

A
A
A

MENGAMALKAN gaya hidup sihat selepas bersalin dan tidak terhad kepada 44 hari, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri kongsi lapan perkara dilakukan selepas bersalin.

Bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan, Arabella Mia, Dr Amalina, 35, yang sedang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK) menitipkan perkara yang diamalkannya selepas melahirkan.

Baca juga: Selamat bersalin, Dr Amalina kini bergelar ibu, dedah wajah anak perempuan

Baca juga: 4 hari lepas bersalin Dr Amalina sudah bawa anak bersiar-siar raih perhatian warga maya

Isteri kepada Alexander Charles itu menjelaskan kelapan-lapan amalan berkenaan adalah saranan daripada pakar obstetrik dan genikologi serta mengambil kira pengalamannya sendiri sebagai pegawai perubatan. Berikut perkongsian beliau:

"Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yang saya amalkan.

"Saya akan berkongsi amalan sendiri berdasarkan kajian saintifik yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman sendiri sebagai seorang doktor.

1-Amalkan pemakanan sihat dan seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran dan buah. Maka secara bersederhana untuk mengekalkan berat ideal. Tidak perlu pantang telur atau ayam jika tiada alahan.

2-Minum air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari dan kurangkan minum air manis seperti air boba dan minuman coklat.

3-Aktiviti seharian - Tingkatkan intensiti aktiviti secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yang lebih berat daripada bayi anda selama enam minggu.

4-Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda bersedia. Ia termasuk berjalan kaki, senaman Kegel (pelvic floor exercise) dan senaman perut. Ibu selepas bersalin perlu berjalan utk mengurangkan risiko darah beku (blood clots).

Anda digalakkan untuk menunggu enam minggu selepas bersalin sebelum anda memulakan sebarang senaman berimpak tinggi seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan selepas bersalin (nifas atau lochia) bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat rehat secukupnya.

 

Baca juga: Untungnya keluarga campur, doktor cantik ini berpantang dengan resipi masakan Cina

Baca juga: Tidak boleh makan laksa, kuetiau, bihun semasa berpantang, ini penjelasan pakar yang perlu ibu-ibu tahu

5-Jaga bahagian perineum dengan mencucinya dengan air dari depan ke belakang dan lap sehingga kering setiap hari. Tukar tuala wanita setiap tiga hingga empat jam. Jika bersalin melalui pembedahan caesarean, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari, memakai pakaian longgar, selesa, seluar dalam diperbuat daripada kain kapas dan ambil ubat penahan sakit. Paracetamol dan ibuprofen selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laksatif jika perlu untuk mengelakkan sembelit.

6-Lakukan senaman Kegel untuk menguatkan otot pelvis.

7-Elak hubungan intim sehingga darah nifas berhenti atau selama enam minggu selepas bersalin.

8-Jaga kesihatan mental, jangan stres dan nikmati momen sebagai ibu. Dapatkan sokongan daripada suami dan keluarga.

Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tip mudah untuk sihat sepanjang hayat.

Baru-baru ini Dr Amalina menjadi perhatian warga maya kerana tampil segar dan bertenaga hanya selepas empat hari bersalin.

Warga siber menyokong perkongsian Dr Amalina dan bersetuju amalan gaya hidup sihat lebih penting daripada hanya menjaga diri selama 44 hari atau 100 hari selepas bersalin.

-"Well said doctor. Gaya hidup sihat perlu diamalkan seumur hidup buka masa berpantang sahaja."

-"Penjelasan yang baik untuk berpantang terkini. Saya dulu masih guna cara lama sebab orang tua jaga dan belum ada pendedahan ketika itu. Apa pun cara doktor logik juga dan boleh diterima untuk digunapakai."

-"Good one doctor, memang sepatutnya orang kita dididik mengenai hal ni. Ketika saya bersalin saya diberi kopi pekat, untuk segarkan mata agaknya hendak jaga baby."

-"Tiada siapa yang kelihatan sesegar ini selepas beberapa hari bersalin, selain Kate Middleton. Dr pasti mempunyai orang-orang yang hebat menjaga anda selepas bersalin."

-"Akhirnya, satu nasihat dan saranan terbaik untuk ibu-ibu yang bersalin. Nasihat berdasarkan kajian bukan semborono 'ikut-ikutan' turun temurun tanpa ilmu. Syabas Dr kerana menyedarkan ramai ibu-ibu tentang apa maksud sebenar 'berpantang."

Baca juga: Tak boleh bertungku, berbengkung selepas melahirkan anak secara pembedahan? Ini yang ibu perlu tahu

Baca juga: Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina

Sumber: Instagram dramalinabakri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca