Minat mekap, tampil bergaya cetus Noorain Seman keluarkan produk kosmetik, suplemen

A
A
A

MINAT mendalam terhadap seni menghias diri mendorong Noorain Seman, 33, menceburkan diri dalam bidang perniagaan produk kosmetik dan suplemen.

Airiz Skinz merupakan rangkaian kosmetik dan suplemen khas untuk wanita yang telah diasaskan sejak 2017.

Bermula dengan produk pertamanya, Serum Foundation [Beli Di Sini], Airiz Skinz terus mengorak langkah sehingga kini mempunyai sembilan barangan keluarannya.

Akui ibu kepada sepasang kembar itu, tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan dalam bidang ini apabila dirinya terlalu minat dalam dunia solekan.

"Semuanya bermula daripada minat dalam diri sendiri, saya sukakan dunia solekan dan suka tampil bergaya, kerana bagi saya ia menambahkan keyakinan bila berhadapan dengan orang ramai.

"Bermula dengan Airiz Serum foundation, kami mengorak langkah dalam bidang kosmetik ini.

"Sehingga kini Airiz Skinz mempunyai sembilan produk semuanya seperti Serum Foundation , Translucent Powder, Compact Powder, Serum Lipmatte, Moisturizer and Primer, Serum Gel, Bar Soap, Susu Airiz dan Kopi Airiz," ujarnya kepada SinarPlus.

Bicara isteri kepada Rizduan Azis itu, dia terlebih dahulu menimba pengalaman dalam dunia yang penuh cabaran itu.

"Sebelum menceburi bisnes ini, saya terlebih dulu menimba pengalaman dengan menjual pelbagai produk secara offline dan online.

"Ia kerana saya tahu menceburi dunia perniagaan bukan sebuah perkara mudah untuk kita lalui dan seseorang yang hendak menjadi usahawan perlu mempunyai ilmu pengetahuan jika hendak memulakan sesuatu perniagaan," ujarnya.

Baca juga Dulu pengacara TV, sekarang bekerja dari rumah, Nisa Aznan puas berniaga

Kredit foto: Ain Seman

Cabaran

"Cabaran utama dalam bidang ini ialah persaingan produk di pasaran. Para pelanggan pastinya mencari yang terbaik.

"Munculnya pelbagai jenis produk di pasaran boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

"Persaingan di pasaran memang menjadi cabaran utama kami. Justeru itu kena bijak mengatur strategi dan memahami kehendak pelanggan. Kenangan pahit sepanjang perniagaan ini tentunya banyak antaranya jualan semakin merosot.

"Bagi menepati trend semasa, kami sentiasa mencari formula baru dan terkini serta cuba memahami kehendak pelanggan.

"Biasanya kami sentiasa mengadakan perbincangan dengan pihak kilang untuk menghasilkan produk-produk yang terbaik demi memastikan permintaan pelanggan dituruti tanpa melanggari peraturan-peraturan yang telah ditetapkan," ujarnya.

Menurutnya yang mesra dengan panggilan Ain Seman, keluarga dan rakan-rakan adalah penguat semangat dalam apa jua cabaran dan dugaan yang ditempuhi.

Baca juga Dahulu ikut abah meniaga pasar malam, kini muncul antara 10 wanita hebat di ASEAN

Impiannya hanya satu, mahu membawa jenama Airiz Skinz itu ke pasaran yang lebih luas serta dapat menghasilkan lagi produk-produk yang berkualiti dan mampu memberi banyak manfaat untuk pelanggan di luar sana.

Pesannya kepada wanita yang ingin berjaya dalam perniagaan, untuk berjaya, usaha bukan sehari dua, bukan setahun dua, tapi ia memerlukan perjalanan masa yang panjang.

"Jangan pernah jemu belajar dan menimba ilmu-ilmu yangg berkaitan dengan produk dan perniagaan kita.

"Jangan mudah putus asa, ingat misi dan visi kita dalam bisnes, jatuh bangun itu biasa, tapi semangat itu segala-galanya," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca