PRU15: Kekalahan KJ mengejutkan, jasa dicurah urus pandemik, luahannya buat ramai tersentuh

A
A
A

KEKALAHAN Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 mengejutkan ramai terutama golongan muda.

Mengungguli Rembau selama tiga penggal sejak 2008, percaturan mencalonkan KJ di kawasan baharu iaitu Sungai Buloh mengakibatkan kekalahan tipis KJ kepada Datuk R. Ramanan Calon Pakatan Harapan (PH).

Luahan hati tokoh berusia 46 tahun itu menyentuh hati warga maya. Apatah lagi apabila ramai mengenang jasa beliau menguruskan negara di dalam kancah wabak Covid-19 dari awal pandemik sehingga melepasi fasa endemik.

Baca juga: Bijak, pandai bawa diri, Nori Abdullah tulang belakang KJ, 8 fakta mengenai wanita hebat ini

Mengakui resam dunia politik yang ada naik dan turunnya, Khairy mengakui sudah melakukan sehabis baik.

“Salah satu perkara paling menyedihkan apabila menjadi ahli politik ialah akan disahkan secara terbuka setiap lima tahun. Pilihan raya adalah asas kepada demokrasi. Ia juga (mekanisme) yang memberitahu ahli politik sama ada mereka cukup baik atau sebaliknya. Sama ada orang menyukai anda atau tidak. Itu adalah peraturan dan anda perlu menerima kenyataan apabila orang berfikiran anda tidak cukup bagus untuk mewakili mereka.

“Saya rasa telah mencuba yang terbaik, tetapi tidak cukup baik. Kekalahan adalah kekalahan, tidak kira seberapa banyak sudah anda dekati atau seramai mana orang menyatakan kekecewaan atas kehilangan anda,” luah mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta Menteri Belia dan Sukan itu.

Baca juga: #ReopeningSafely tak lama lagi, KJ ingatkan lima Penilaian Kendiri

Mengakui cabaran mengendalikan portfolio di Kementerian Kesihatan semasa mengemudi negara dalam wabak Covid-19, bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak berputus harap dan akan kembali.

“Adakah ini penghujung jalan? Saya pasti ia tidak. Tetapi saya ingin merenung perkara ini sebelum saya memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya.

“Sebenarnya, saya letih. Saya tidak mempunyai masa untuk berehat sejak saya diminta menguruskan wabak. Dua tahun yang sukar untuk saya mengemudi negara keluar daripada Covid-19.

"Tetapi ia  keistimewaan untuk berkhidmat kepada negara pada masa yang kritikal dan saya gembira kita telah pulih lebih baik daripada kebanyakan negara lain,” tuturnya.

Baca juga: Pandelela dedah sikap KJ susulan viral lawatan mengejut ke hospital, rupanya…

Anak kepada diplomat Allahyarham Datuk Jamaluddin Abu Bakar itu menyatakan harapan kepada pemimpin negara yang terpilih membawa hala tuju tanah air dengan bijaksana.

“Masih terdapat ketidaktentuan yang luar biasa di negara ini. Saya berharap orang yang dipilih bertindak dengan penuh hikmah dan belas kasihan.

"Negara memerlukan kestabilan dan kepimpinan lebih daripada sebelumnya. Saya doakan anda semua yang terbaik. Saya menantikan Piala Dunia di televisyen,” titip KJ pada hantaran yang memaparkan foto beliau sedang santai bersahaja.

Baca juga: “We are here for you “- KJ

Hantaran itu menimbulkan kesayuan warga maya daripada pelbagai latar belakang politik. Rata-rata mahukan pemimpin berkarisma itu kembali memberi khidmat, malah ramai berharap KJ menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

- “Terima kasih KJ. sila kembali lebih kuat! Kami sayang awak! Bakal PM kita.”

- “Sebagai seorang yang anda telah memenangi hati Malaysia. Anda telah melakukan kerja yang hebat dalam menangani wabak ini. Malangnya kita sebagai sebuah negara perlu melihat gambaran yang lebih besar untuk mempunyai kerajaan dan pemimpin yang lebih baik secara keseluruhannya. Terima kasih atas semua yang anda lakukan sebagai Menteri Kesihatan.”

- “KJ, kalah di sini tidak bermakna kalah selamanya. Ia adalah satu tempoh rehat selepas dua tahun bertarung dengan wabak untuk Malaysia. Saya sangat yakin anda akan kembali lebih kuat. Kami akan menunggu anda Tuan! Insya-ALLAH 2027 menanti anda, bakal Perdana Menteri.”

- “Sungguh sedih melihat keputusannya, tetapi rakyat masih memerlukan anda KJ. Anda berhak mendapat rehat yang sewajarnya, tetapi tolong, bangkit semula dengan lebih kuat dan merombak parti anda.”

- “Kami masih di sini, menunggu anda menjadi Perdana Menteri.”

Baca juga: KJ kemalangan, terhumban ke dalam parit gara-gara elak lubang

Sumber: Instagram Khairy Jamaludin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca