Terbaik! Lukisan kanak-kanak Malaysia terpilih maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022

A
A
A

LUKISAN karya kanak-kanak Malaysia, Emma Lou, direalisasikan sebagai maskot Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Lou, 10, mereka bentuk maskot Perry The Bull dan diisytiharkan sebagai pemenang pertandingan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada musim panas 2020.

Pencapaian gadis cilik kelahiran tanah air itu turut dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi milik Olympic Malaysia.

Baca juga: Terjatuh tingkat 5, kanak-kanak 2 tahun panjang umur, selamat disambut hero

Pertandingan itu turut disertai lebih 50 orang kanak-kanak di seluruh Birmingham dan West Midlands, berumur dari lima hingga 15 tahun bagi mencipta maskot yang mencerminkan identiti, warisan dan budaya Birmingham serta West Midlands, England.

 

"Saya rasa seolah-olah bermimpi! Saya rasa maskot itu hebat, dia kelihatan sangat comel.

“Saya teruja untuk datang ke Sukan Komanwel dan melihat Perry pada majlis perasmian.

"Saya memilih lembu jantan kerana Bullring di Birmingham, menggunakan heksagon kerana ia adalah bentuk yang paling kuat dan seluruh dunia bergantung antara satu sama lain. Saya sangat teruja bahawa rekaan saya akan dilihat oleh ramai orang," kata Lou mengulas karyanya.

Baca juga: Rangkul emas pertama acara terjun Sukan SEA 2021, berikut 5 info membanggakan Dhabitah

Temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadualkan akan berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos yang akan disertai 72 pasukan.

Baca juga: Pecahkan rekod dunia 12.12 saat 100 meter lari berpagar, kenali atlet wanita Tobi Amusan

Sumber: ">Twitter Olympic Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca