“Tolong jangan percaya”, ibu kecewa 'scammer' ambil kesempatan, nafi buka tabung sumbangan untuk Ainul

A
A
A

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, 3,  kanak-kanak yang pernah menjadi kesayangan rakyat Malaysia kini dalam situasi tenat susulan jangkitan kuman. Dalam situasi genting, ibunya kecewa individu dipercayai ‘scammer’ mengambil kesempatan dan menafikan membuka tabung sumbangan untuk Ainul.

Baca juga: Terlalu tenat kerana jangkitan, Ainul Mardhiah kritikal di ICU

Baca juga: Ainul Mardhiah genap 3 tahun, makin bijak, sudah pandai hafal rutin harian

Ainul Mardhiah Safiuddin sebelum ini menghidap ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ hingga mendapat perhatian rakyat Malaysia. Ketumbuhan pada mulutnya mula membesar sejak lahir dan dibuang sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Prof David Dunaway di United Kingdom.

Baca juga: Ketawa, senyum pipi kanan Ainul Mardhiah tidak bergerak. Bapa kongsi kesan pembedahan di UK

ainul mardhiah Ainul menunjukkan perkembangan baik selepas pembedahan

Baca juga: Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu

Dalam perkembangan terbaru, ibu Ainul Mardhiah, Nurul Erwani Zaidi, 27, mendedahkan wujud pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan penipuan tabung kilat untuk kanak-kanak itu.

Nurul Erwani menerusi Instagram mendedahkan ‘scammer’ menggunakan gambar Ainul untuk mengaut wang.

“Yang mana ada jumpa scammer menggunakan gambar Ainul untuk mengaut duit, share kepada saya.

“Saya akan terus uar-uarkan kepada akaun saya supaya orang ramai tidak tertipu dengan mereka. Melampau betul mereka ni, buat kerana dan ambil kesempatan atas orang lain.

“Orang Islam kan cuba cari rezeki yang halal, geram ni!,” luahnya.

Dalam pada itu, Nurul Erwani turut menjelaskan bahawa beliau tidak meminta sumbangan sebaliknya memohon doa orang ramai.

Baca juga: [VIDEO]Pernah menderita kanser mulut, adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan

“Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih,” titipnya.

Malah ia juga menjadi punca Nurul Erwani enggan berkongsi foto Ainul Mardhiah.

Menerusi gambar dikongsikan, tertera nombor akaun dan nama pemilik akaun Othman Zakaria sebagai ayah Ainul.

AINUL DIBERI SUSU, MASIH GUNA VENTILATOR

Dalam perkembangan terbaru, Ainul Mardhiah kini sudah mula menerima susu.

“Sudah dua hari Ainul puasa tak dapat minum susu. Mama yakin keadaan Ainul semakin baik.

“Ainul belum sedar lagi, ubat tidur masih run sebab Ainul tengah on ventilator. Ainul tak boleh sedar lagi sebab tak nak bagi Ainul penat bila tengah on ventilator,” kongsi Nurul Erwani.

Baca juga: "Setahun lapan bulan kami tunggu suara Ainu"- Mama, walid

Warga siber tidak henti mendoakan kesembuhan Ainul Mardhiah.

- “Allahuakbar moga ALLAH berikan kesembuhan buat ainul. Moga ALLAH berikan kekuatan buat famili Ainul. Moga yang baik baik sahaja buat semua Allahumma Aamiin.”

-“You did it before sayang. Cepat sembuh Ainul. Ya ALLAH angkatlah sakit ini dari anak kecil kesayangan kami ini.”

-“Semoga Allah kurnia kesembuhan buat adik Ainul.. Ainul strong girl!”

-“Insya-ALLAH. Moga ada keajaiban dari ALLAH, moga Ainul terus kuat.”

-“Ainul qawiyyah! Semoga dipermudahkan urusanmu anak kecil. Mama stay strong.”

Sebelum ini Ainul dikatakan mengalami simptom muntah kerap dan cirit-birit dalam tempoh sehari.

Dalam masa yang singkat Ainul tenat disebabkan jangkitan yang merebak ke pelbagai bahagian tubuh.

Si kecil itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Baca juga: "Well done Ainul, cium sikit"- Dr Amalina

Sumber: Instagram _nrlerwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca