Mudah resipi telur dadar crispy sedap sama macam kedai Siam, rahsianya satu bahan
TELUR dadar menu kesukaan ramai yang sedap dan mudah disediakan. Apatah lagi kalau dimakan ‘panas-panas’, dengan nasi kosong pun layan!
Menu sampingan ini ada pelbagai stail penyediaan. Ada yang dijadikan telur dadar cincalok, telur dadar daun merunggai dan telur dadar cendawan kukur.
Paling popular telur dadar crispy di kedai atau gerai yang menyediakan sajian Siam Thai. Rangup dan penuh perisa membuatkan ia menu yang wajib dipesan bila makan di sana.
Rupanya mudah sahaja cara nak buat telur dadar ini. Pengguna Facebook Amalia Syafiqah berkongsi bahan dan caranya.
“Nak bagi tahu satu rahsia ni, kenapa telur dadar kedai siam rasa sedap ? Sebab ni ha, depa pakai kicap sotong je,” katanya.
Baca juga: Doktor dedah kebaikan telur ayam kampung, ini fakta yang perlu diketahui
Bahan yang diperlukan
2 biji telur
Sedikit tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit sikit
Serbuk perasa
1 sudu kicap sotong
Langkah penyediaan
1. Campurkan semua bahan di dalam satu bekas.
2. Kemudian di goreng. Confirm jadi!
Selain itu, warga maya berkongsi tip untuk menjadikan telur dadar rangup dan sedap.
1. Pukul telur sampai berbuih. Panaskan minyak sampai betul-betul panas baru masukkan. Nak dapat kepingan-kepingan rangup masukkan telur macam teh tarik.
2. Kalau boleh jangan letak tepung dalam telur, nanti rasa telur hilang atau kurang rasa.
3. Telur dengan kicap sotong pun sudah bangkit selera. Tepung jagung untuk bagi rangup.
4. Kalau nak telur jadi rangup, masukkan empat sudu air sejuk atau masukkan dulu bancuhan dalam peti sejuk. Goreng dalam minyak betul-betul panas.
5-Tuang telur jarak tinggi, satu bancuhan goreng dua kali barulah rangup.
Baca juga: Ingin hasilkan telur dadar tampak lebih gebu dan besar? Mudah sahaja, inilah caranya
LIMA INFO KHASIAT TELUR
Telur diklasifikasikan sebagai ‘makanan super.’ Ia sarat dengan nutrient dan memberikan manfaat kepada kesihatan seperti berikut:
1) Sebiji telur rebus mengandungi nutrisi seperti berikut:
-Vitamin A
-Folat
-Asid pantothenik (vitamin B5)
-Vitamin B12
-Riboflavin (vitamin B2)
-Fosforus
-Selenium
-Telur juga mengandungi jumlah vitamin D, vitamin E, vitamin B6, kalsium dan zink yang mencukupi
2) Sebiji telur rebus membekalkan 78 kalori, enam gram protein dan lima gram lemak.
3)Telur yang dipasteur atau diperkaya Omega 3 lebih padat nutrien dan lebih tinggi vitamin A dan E.
Baca juga: Telur sarang rangup, ini cara buat yang betul
4-Telur mengandungi kolesterol yang tinggi tetapi memakan telur tidak memberi kesan buruk kepada patas kolesterol dalam darah.
5-Telur adalah antara sumber makanan terbaik coline yang mana sebiji telur mengandungi 100mg coline. Coline sangat diperlukan untuk otak namun ramai mengalami kekurangan coline tanpa sedar.
Baca juga: Telur lauk kegemaran? Doktor dedah 5 fakta, mitos pengambilan wanita wajib tahu
Sumber: Amalia Syafiqah, Health Line
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang