Resipi Serawa Durian pekat berkrim, buat sendiri baru puas makan

A
A
A

RESIPI Serawa Durian pelbagai. Ada yang menggunakan gula Melaka, ada yang menggunakan gula putih. Sesuai digandingkan sebagai cecahan atau kuah pelbagai makanan lain. Daripada membeli, apa kata buat sendiri. Pekat berkrim, baru puas makan!

Ada tempat memangggilnya Kuah Durian. Sesetengahnya pula menamakan ia sebagai Serawa Durian.

Kuah pekat yang kaya dengan rasa durian itu kerap 'dijodohkan' dengan pulut, roti jala, roti putih, putu mayam, serabai atau lempeng kelapa, terpulang kepada selera masing-masing!

 

 

Sana-sini durian, sementelah kini musimnya. Serawa Durian antara olahan sajian yang sering menjadi kegemaran sebagai hidangan pencuci mulut atau minum petang.

Baca juga: Pisang goreng rangup ‘krup krap’ ini rahsianya, resipi guna 7 bahan

Kali ini SinarPlus berkongsi resipi daripada Roslinda Abd Hamid yang menunjukkan cara menyediakan Serawa Durian bersama pulut.

Kredit foto: Roslinda Abd Hamid

Serawa Durian

Bahan-bahan

2 biji durian diambil isinya

1 cawan santan pekat

3 cawan air

1 1/2 ketul gula Melaka

1 sudu teh garam

1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air)

Langkah penyediaan

1.Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula Melaka dan air.

2.Masak di atas api sambil meleraikan isi daripada bijinya sehingga isi durian dan gula Melaka sebati.

3.Seterusnya masukkan santan dan air.

4.Masak sehingga mendidih dan dimasukkan garam.

5.Biarkan ia mendidih buat seketika.

6.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Tepung jagung berfungsi untuk memekatkan Serawa Durian.

7.Apabila mendidih, bolehlah dimatikan api.

Baca juga: Cantiknya roti jala bentuk bunga dan kek, ibu dan anak ini kreatif hasilkan sajian menawan

Kredit foto: Roslinda Abd Hamid

Baca juga: Cara mudah resipi Pulut Durian Asli Selatan Thai!

Pulut

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut

1/2 cawan santan pekat

1 1/2 cawan air

1 sudu teh garam

Langkah penyediaan

1.Rendam beras pulut dengan air yang diletakkan asam keping selama lima jam.

2.Toskan beras pulut dan letakkan ia ke dalam loyang.

3.Masukkan santan pekat bersama air ke dalam beras pulut.

4.Pastikan paras pulut sama dengan paras cecair.

5.Taburkan sedikit garam dan gaulkan supaya garam rata.

6.Kukus selama 20 minit. Selepas ia masak, kacau rata.

7.Sambung kukus pulut selama 10 minit. Angkat dan bolehlah dicetak menggunakan acuan kecil.

Siap dan sedia untuk dinikmati bersama keluarga!

Selamat mencuba!

Sumber: Roslinda Abd Hamid

Baca juga: Wanita kongsi cara simpan 'frozen' tahan setahun, hantu durian wajib buat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca