Singgang sotong mudah, campak-campak siap! Ibu cuba buat confirm anak-anak suka

Singgang sotong mudah, campak-campak siap! Ibu cuba buat confirm anak-anak suka
Singgang sotong mudah, campak-campak siap! Ibu cuba buat confirm anak-anak suka
A
A
A

Singgang sotong mudah, campak-campak siap! Ibu cuba buat confirm anak-anak suka

BAGI ibu-ibu yang sibuk dan tak ada masa untuk menyediakan makanan, terdapat pelbagai resipi yang senang dan cepat untuk dimasak.

Salah satu daripadanya ialah singgang sotong. Kalau tak pernah dengar tentang juadah ini, rugilah!

Tapi tak mengapa, masakan singgang sotong yang berasal dari pantai timur ini bukan sahaja mudah dan cepat, tetapi juga sangat sedap! Wajib kena cuba.

Memang sangat senang, rebus dan campak-campak sahaja kesemua, yang pastinya bahan-bahan yang diperlukan pula amatlah sedikit. Kebanyakannya memang sudah ada stok di dapur.

Bukan itu sahaja, buat anda yang nak diet pun sangat sesuai untuk makan menu singgang sotong ni sebab ia lengkap dengan sayuran.

Mak-mak memang kena cuba buat ni, confirm anak-anak suka. Nikmat betul bila hirup kuahnya!

Jadi, jom cuba singgang sotong dimakan bersama budu dan nasi panas. Kalau nak tambah cili bagi extra pedas pun lagi mantap!

Cuba juga Nak diet, tapi masih nak makan makanan sedap? Kerabu Sotong Thai antara alternatif terbaik

sotong Gambar fail

Bahan-bahannya;

  • Setengah kilo sotong
  • 2 batang serai diketuk
  • Setengah biji bawang Holland dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 inci lengkuas dihiris
  • 10 tangkai cili padi diketuk
  • 1/2 asam keping
  • Air
  • 1 biji tomato
  • Jagung muda
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Garam dan serbuk perasa

Cara membuatnya;

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan serai, bawang Holland, bawang putih, lengkuas dan cili padi ke dalam air rebusan.

2. Masuk asam keping. Biarkan betul-betul mendidih , masukkan sotong , tomato , putik jagung dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.

Cuba juga Senangnya buat sotong masak ala Thai, ringkas, menggoda

3. Kemudian masuk daun ketumbar sekali dengan akarnya.

Tip: Mendidih terus tutup api supaya sotong tak kecut. Siap!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Siti Sandra Othman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca