KITA biasa mendengar orang berkata, dalam rezeki kita mungkin juga terdapat rezeki orang lain dan rezeki tak salah jika kita kongsikan bersama.

Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.

Bagaimana cara untuk memastikan hidup sentiasa dilimpah kurnia dengan nikmat rezeki?

Ini merupakan 5 rahsia murah rezeki mengikut perkongsian yang telah dibuat oleh PU Amin di laman twitternya. Jom SinarPlus kongsikan.

1. Sediakan makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah

5 rahsia murah rezeki perkongsian PU Amin, salahnya satu daripadanya bagi kucing makan

Mungkin amalan ini memang diterapkan oleh si pencinta kucing dan dalam tidak sedar, sebenarnya cara ini juga boleh menjemput rezeki.

2. Asingkan sedikit duit gaji untuk anak yatim dan orang miskin

5 rahsia murah rezeki perkongsian PU Amin, salahnya satu daripadanya bagi kucing makan

Kalau tak dapat banyak, asingkan sedikit pun jadilah. Lama-kelamaan akan rasa satu perasaan yang tenang dan gembira apabila dapat bantu orang yang lebih susah

3. Sediakan duit kecil dalam poket untuk sedekah

5 rahsia murah rezeki perkongsian PU Amin, salahnya satu daripadanya bagi kucing makan

Contohnya, kalau pergi pasar malam, ada ramai individu yang kurang upaya menjual tisu atau pun menyanyi untuk mendapat pendapatan buat mereka. Jadi, hulurkan la sedikit wang. Dapat beri RM1 pun mereka dah berterima kasih pada kita.

4. Bagi duit dekat mak ayah

5 rahsia murah rezeki perkongsian PU Amin, salahnya satu daripadanya bagi kucing makan

Iklan

Ini paling utama. Walaupun mak ayah kita masih bekerja, berikanlah mereka duit juga untuk ambil berkat doa orang tua. Tanpa doa ibu bapa, kita tidak akan berjaya hingga hari ini.

5. Beli mineral satu kotak letak dekat masjid pada hari Jumaat

5 rahsia murah rezeki perkongsian PU Amin, salahnya satu daripadanya bagi kucing makan

Paling mudah, sedekahkan air mineral kepada Jemaah solat Jumaat di masjid yang berhampiran.

Iklan

Sama-samalah kita berusaha mengamalkannya. Selebihnya, tawakallah kepada Allah kerana hanya Dia pemberi rezeki seluas-luasnya. Asalkan kita mahu berusaha dan berbuat baik sesama manusia, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan kita nanti.

5 rahsia murah rezeki perkongsian PU Amin, salahnya satu daripadanya bagi kucing makan

Semoga rezeki kita semua lancar dengan amalan-amalan ini.

Wallahualam.