Gara-gara beri rating hotel 6/10, pelanggan diancam saman lebih RM300K

Iklan
2

SETIAP kali ingin menempah penginapan di mana-mana hotel atau resort, ramai di antara kita akan membaca ulasan atau ‘review’ terlebih dahulu bagi memastikan penginapan itu berbaloi dengan harga.

Bagaimanapun tidak semua begitu. Segelintir tidak kisah ulasan buruk asalkan ia mempunyai kekosongan.

Iklan
Iklan

Sebuah pusat peranginan di Thailand telah mengancam untuk menyaman seorang pelancong sebanyak 3 juta Baht (kiraaa-kira RM377,632.16) dalam tuntutan undang-undang fitnah selepas dia memberi ulasan enam dari keseluruhan 10 di sebuah laman sesawang.

Iklan

Pelancong tempatan bernama Khun Khing difahamkan bingung dengan ancaman pihak hotel yang membuat tuntutan mahkamah terhadapnya atas ulasan yang diberikan.

Difahamkan pihak hotel berkenaan turut mengarahkan wanita itu untuk memadam ulasan negatifnya segera.

Iklan

Dia turut diminta membayar 50,000 Baht (RM6,293.87) sebagai pampasan dan 3 juta Baht (RM377,632.16) untuk ganti rugi," kata peguamnya, Sittra Biabangkerd di Facebook.

Pihak resort itu juga memintanya menyiarkan permohonan maaf di akhbar selama tujuh hari berturut-turut.

Khing telah menginap di hotel berkenaan untuk hanya satu malam pada pertengahan Disember 2021.

Baca juga: [VIDEO]Kelibat pontianak waktu siang di hotel terbengkalai cetus seram

Dia menilai pengalaman keseluruhannya sebanyak enam daripada 10.

Dalam ulasan itu, Khing telah menyifatkan pemandangan biliknya sebagai"baik sahaja", sambil menambah bahawa ia tidak kelihatan 'baru' seperti yang diiklankan.

"Bilik itu tidak kelihatan baharu seperti yang diiklankan. Saya tidak dapat menghubungi penyambut tetamu dari bilik saya, jadi saya terpaksa turun sendiri.

"Tidak bersih. Kakitangan syif malam tidak begitu membantu, tetapi ada yang mengalu-alukan," ulasnya.

Baca juga: Percutian bersama keluarga di lokasi ‘panas,’ lakukan 7 tip elak gangguan

Jangan lupa follow kami di Instagram!