'Selamatkan Fawaz Al-Qatifan' - Simpati selamatkan kanak-kanak Syria diculik, diseksa

Iklan
'Selamatkan Fawaz Al-Qatifan' - Simpati selamatkan kanak-kanak Syria diculik, diseksa

SABTU lalu, seluruh dunia meratapi pemergian anak kecil berusia lima tahun bernama Rayan yang terperangkap selepas terjatuh ke dalam sebuah telaga sedalam 32 meter (104 kaki) sejak Selasa lalu.

Tragedi yang berlaku di perkampungan Ighran di Wilayah Chefchaouen, Maghribi menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Setelah itu, kini satu lagi insiden libatkan anak kecil turut tular di media sosial iaitu penculikan seorang kanak-kanak Syria bernama Fawaz al-Qatifan.

Iklan

Fawaz berasal dari perkampungan Ibtaa di kawasan pedalaman Syria di Daraa.

Iklan

Sebuah video telah disebarkan oleh Syrian Observatory for Human Rights, menunjukkan dia dipukul dengan dahsyat dan kejam.

Pengikut di media sosial menyebarkan hashtag #Save_the_Child_Fawaz_Qetaifan dan hashtag #Save_Abta_Child di beberapa negara Arab, dalam usaha untuk membebaskan dan menyelamatkannya.

Menurut media, kawasan luar bandar Daraa mempunyai masalah keselamatan. Oleh itu, masyarakat di sana berdepan masalah kecurian, penculikan dan pemerasan.

Kes Fawaz mendapat perhatian setelah kes Rayan tular di seluruh dunia.

Baca juga Kecederaan otak, paru-paru, tulang patah punca kematian Rayan, berikut kronologi operasi menyelamat

Seorang peniaga di Daraa, merayu kepada semua pihak agar Fawaz dapat diselamatkan daripada penculik.

Peniaga tersebut turut berharap orang ramai akan memberi sepenuh perhatian dan usaha untuk membantu kes Fawaz ini sama seperti kes Rayan.

Catatan di Facebook mendedahkan bahawa jumlah yang diperlukan ialah 500 juta pound Syria.

Dalam pada itu, pelakon Syria, Abdul Hakim Qetaifan, mengumumkan kepimpinannya untuk membantu keluarga mangsa mengumpul wang tersebut.

Jelasnya lagi, dia tidak menyangka ramai individu yang bermurah hati untuk membantunya dan keluarga Fawaz bagi mengumpul wang tersebut.

Baca juga Seekor ayam ditahan selepas terlepas masuk ke kawasan larangan, Pentagon, AS. Benarkah ayam itu 'pengintip'?

Pada masa yang sama, Qetaifan mengingatkan kepada semua pihak agar jangan mengambil kesempatan terhadap kes Fawaz ini.

Sementara itu, tanda pagar #SaveFawaz turut trending di Twitter. Ramai warga maya mendoakan Fawaz selamat dan akan dibebaskan segera.

Source: The Globe Echo