BAGI pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan rezeki untuk memiliki anak.
Anugerah atau ujian, ingat anak adalah rezeki yang sangat berharga.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Begitu juga dengan jantina anak, terimalah apa sahaja yang ditentukan Tuhan sama ada lelaki mahupun perempuan.
Wanita hamil di Pakistan itu sanggup dipaku kepalanya oleh bomoh sebagai jaminan dia akan melahirkan anak lelaki.
Perkara itu disahkan oleh doktor yang merawatnya, Dr Haider Khan pada Rabu.
Ujarnya yang berjaya mengeluarkan paku berkenaan, wanita itu masih sedar sepenuhnya tetapi dia dalam keadaan amat sakit.
Baca juga Tidak kenakan caj, penyelam popular di YouTube bantu merungkai misteri kehilangan wanita
Tambah Dr Khan, ibu kepada tiga anak perempuan itu turut memaklumkan dia sedang mengandungkan anak perempuan keempat.
Menurut Dr Khan lagi, tukul atau objek berat digunakan untuk mengetuk masuk paku itu.
Wanita itu pada mulanya memberitahu kakitangan hospital dia sendiri memasukkan paku tersebut di kepalanya atas nasihat seorang bomoh tetapi kemudian mengakui bomoh berkenaan yang melakukannya.
Baca juga Laman terbiar, jiran sangka sudah berpindah, bongkar penemuan ‘mumia’ nenek mati terduduk 2 tahun
Polis Peshawar sedang menjejaki wanita berkenaan untuk mencari dan menyoal siasat bomoh terbabit.
Sumber : AFP