8 rakan dibunuh depan mata, mohon bantuan menerusi CCTV, kisah Nelson Sarira buat ramai sebak

Iklan
NELSON SARIRA (1)

BARU-baru ini seluruh nusantara digemparkan dengan keganasan oleh kumpulan penjenayah bersenjata Papua yang bertindak membunuh lapan orang awam yang sedang menjalankan pembaikan menara telekomunikasi di sana.

Lapor CNN Indonesia, mereka terdiri daripada tiga pekerja Palapa Ring Timur Telematika (PTT), empat pekerja kontraktor syarikat dan seorang anggota masyarakat setempat yang menjadi pemandu arah.

Iklan
Iklan

Tiada siapa menyangka operasi di Tower Base Transceiver Station (BTS) 3 di daerah Beoga, Papua itu akan berakhir dengan kematian.

Kejadian yang berlaku 2 Mac lalu menyaksikan perbuatan kejam puak bersenjata itu tanpa perikemanusiaan memenggal lapan mangsa ketika sedang tidur. Ia diceritakan oleh satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden itu iaitu Nelson Sarira.

Iklan

Mengakui masih trauma, Nelson menitiskan air mata ketika menjawab pertanyaan Ketua Polis Papua, Mathius Fakhiri sebaik sahaja dia diselamatkan.

Iklan

KEM DICEROBOH, RAKAN DICEDERAKAN

Menurutnya, peristiwa berdarah itu berlaku sekitar jam 3.00 pagi apabila kem mereka telah didatangi kira-kira 10 orang kelompok kriminal bersenjata Papua (KKB) dengan bersenjatakan parang, kapak dan beberapa pucuk senjata api.

"Mereka mencerobohi kem kami dan dan memenggal pekerja yang sedang tidur,” katanya.

Semasa kejadian, Nelson memberitahu dia tidur pada bahagian hujung. Susulan itu dia berjaya melompat keluar meloloskan diri.

"Saya bersembunyi di bawah jurang, di dalam semak samun,” kata Nelson.

Dia seolah mendengar bisikan menyuruhnya naik ke puncak bukit dan menyembunyikan diri di sana.

"Seluruh tubuh sudah gementar, tetapi saya paksa diri menaiki bukit. Tebingnya agak curam saya. Kuatkan diri naiki dan panjat,” katanya.

Dari tempat persembunyiannya dia dapat mendengar bunyi tembakan di kem. Kata Nelson pada jam 7.00 pagi semua ahli kumpulan bersenjata sudah meninggalkan kem berkenaan.

TIGA HARI YANG TERLALU PANJANG

Nelson hanya berani pulang ke kem selepas memastikan keadaan benar-benar selamat. Malah pemuda itu berkata peralatan seperti telefon bimbit, komputer riba telah hilang. Dia sempat mengambil beg tidur dan pakaian.

"Selepas tidak lagi mendengar suara pelaku, saya kembali ke kem dan melihat kesemua rakannya sudah tidak bernyawa.

"Darah bergenang di dalam kem,” katanya sebak.

Mungkin tiga hari menunggu saat diselamatkan adalah hari-hari yang paling panjang dalam hidup pemuda itu.

Videonya menghantar pelbagai isyarat bahaya (SOS) untuk diselamatkan menerusi kamera litar tertutup pencawang berkenaan menyayatkan hati. Malah dia memanjat pencawang agar mesej SOS lebih jelas.

"Monitoring CCTV, boleh dijemputkah esok? Cuma saya sahaja yang tinggal di sini. Semuanya sudah dibunuh. Sekian dan terima kasih,” tutur Nelson menerusi salah satu rakaman yang tular.

Difahamkan salah satu daripada video Nelson menerima 27 juta tontonan manakala #nelsonsarira ditonton sebanyak 148 juta kali di laman sosial TikTok.

DISELAMATKAN

Penderitaan Nelson akhirnya berakhir apabila diselamatkan pihak Pasukan Operasi Damai Cartenz pada 10.13 pagi, 5 Mac lalu.

Menerusi video yang tular, helikopter yang tiba menyelamatkan Nelson tidak mencecah tanah.

Malah helikopter itu terus terbang sebaik sahaja Nelson memasuki ruang kabin.

Selepas menghadapi episod ngeri itu, Nelson difahamkan kini berada di rumah keluarganya bagi menjalani tempoh pemulihan trauma.

Baca juga: Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dibunuh kejam! Sadis sungguh

Baca juga: Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI