Tidak wajib pelitup muka, pelancong lengkap vaksin tidak perlu diuji, Singapura buka semula sempadan

Iklan
singapura (3)

JIKA Malaysia bakal beralih ke fasa endemik pada 1 April ini, negara jiran, Singapura turut melonggarkan kebanyakan sekatan Covid-19 dalam pembukaan semula sempadan.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengumumkan pada beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan wabak itu ditarik balik yang bakal berkuat kuasa 29 Mac ini.

Iklan
Iklan

Baca juga: Pandemik sudah berakhir di Sweden, umum tiada lagi ujian saringan Covid-19

Iklan

Antara langkah pengurusan yang selamat yang diperkenalkan di Singapura ialah seperti berikut:

    Iklan

  1. Had perhimpunan sosial ditambah dari lima kepada 10 orang.
  2. Kira-kira 75 peratus golongan pekerja yang bekerja dari rumah akan kembali ke pejabat.
  3. Had kapasiti untuk acara besar (bagi acara membabitkan 1,000 orang ke atas) ditingkatkan lebih 75 peratus.
  4. Pelitup muka tidak diwajibkan ketika di luar bangunan. Bagaimanapun ia wajib dipakai ketika berada di ruang tertutup.
  5. Penjarakan fizikal satu meter antara kumpulan yang tidak memakai pelitup muka.

Baca juga: Gara-gara tak cukup tanah, Singapura bina ladang solar terapung terbesar di dunia

Keperluan ujian dan kuarantin akan memudahkan perjalanan ke luar negara. Kata Lee ia dipinda hampir seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Terdahulu, Singapura konsisten dalam melaksanakan peraturan ketat berkaitan Covid-19 berbanding kebanyakan negara lain.

Lee bagaimanapun meminta rakyat negara itu agar mematuhi peraturan terkini menyeru dan melakukan ujian secara berkala.

 

LANGKAH PEMBUKAAN SEMPADAN

Pada masa ini, gelombang Omicron di Singapura semakin menurun. Kes harian baharu berjumlah 8,940 pada hari Rabu, turun daripada rekod 26,032 jangkitan pada bulan Februari.

Sehingga Selasa, 92 peratus daripada populasi Singapura telah menerima dua suntikan manakala 71 peratus telah menerima dos penggalak.

Majoriti pesakit Covid-19 tidak mengalami simptom atau hanya mempunyai simptom ringan.

Sekitar 0.3 peratusmemerlukan bantuan pernafasan oksigen sepanjang 28 hari yang lalu, manakala 0.04 peratus berada di unit rawatan rapi.

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Sumber: CNBC