SWEDEN mendahului bergerak ke fasa endemik apabila ia telah menghentikan ujian untuk Covid-19 walaupun individu menunjukkan simptom jangkitan.

Malah kerajaan negara itu tidak lagi menyediakan data penting untuk mengesan penyebaran wabak itu.

Sesetengah pakar berkata tindakan negara itu wajar kerana kos ujian saringan yang mahal kurang memberikan faedah. Ia kerana varian Omicron mudah dijangkiti tetapi hanya mengakibatkan gejala ringan.

“Kami telah mencapai tahap di mana kos dan kaitan ujian tidak lagi wajar.” Ketua Agensi Kesihatan Awam Sweden, Karin Tegmark Wisell memberitahu siaran nasional SVT lapor AP.

Menurutnya kos ujian tersebut menelan belanja 2 bilion krona sebulan (kira-kira AS$220 juta atau RM921.5 juta).

Bermula Rabu lalu, hanya pekerja bidang kesihatan, pekerja penjagaan warga emas, individu terdedah yang mengalami gejala akan layak mendapat ujian PCR percuma.

Manakala bagi individu lain yang mengalami gejala hanya akan diminta tinggal di rumah.

Mereka boleh menggunakan kit ujian antigen di pasaran untuk membuat ujian tetapi keputusannya tidak perlu dilaporkan.

Baca juga: Cirit-birit antara simptom awal varian Omicron. Berikut ciri-ciri unik lain yang wajib kita tahu

Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson

Klinik dan hospital swasta boleh melakukan ujian itu dan menawarkan sijil untuk perjalanan antarabangsa tetapi kosnya tidak akan dibayar balik oleh insurans negeri atau kesihatan.

Kadar vaksinasi yang tinggi di Sweden meningkatkan keyakinan di kalangan pegawai kesihatan.

Kajian yang dilakukan sejak 2020 diumumkan keputusannya Selasa lalu. 85% sampel kajian didapati  mengandungi antibodi.

Pensyarah klinikal kanan, Sekolah Perubatan Universiti Exeter di Britain, Dr Bharat Pankhania berkata peratusan besar tahap vaksinasi, rakyat yang berpendidikan dan boleh dipercayai untuk mengasingkan diri jika mereka menunjukkan gejala.

“Sweden mendahului dan negara lain pasti akan mengikutinya,” kata Pankhania.

Iklan

Terdahulu, negara itu tidak pernah mengenakan perintah berkurung atau menutup perniagaan sepanjang pandemik. Sebahagian besar tahap kesihatan di sana bergantung pada tanggungjawab individu untuk mengawal jangkitan.

Baca juga: Kisah Dr Li Wenliang, wira pertama beri amaran Covid-19, genap 2 tahun meninggal dunia

Iklan

Rabu lalu, negara itu turut membatalkan had masa keluar pada tengah malam dan had bilangan individu berkumpul dalam acara atau di restoran. Had waktu operasi bagi bar dan restoran dibatalkan.

Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson berkata bahawa wabak itu belum berakhir tetapi negara itu telah memasuki fasa baru.

Katanya, biarpun kadar jangkitan sedang meningkat, ia tidak terlalu membebankan hospital.

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: AP News