LAZIMNYA kanak-kanak menyukai makanan atau minuman manis. Mereka akan merasa sangat gembira apabila mendapat gula-gula, coklat atau kek.
Namun lain pula ceritanya yang berlaku kepada seorang kanak-kanak di Jaya Sakti, Muara Gembong, Kabupaten Bekasi, Jawa Barat ini.
Pelik tetapi benar-benar berlaku, kisah kanak-kanak lelaki memakan selipar menjadi tular dalam kalangan masyarakat setempat.
Selain selipar, kertas, kadbod dan 'styrofoam' (polistirena) turut dimakan.
[caption id="attachment_76724" width="800"] Kredit foto: Newsflare[/caption]
Video kanak-kanak berusia tiga tahun memakan kertas menjadi tular di laman sosial.
Video tular itu menyebabkan warga maya terkesima. Si ibu dikenali sebagai Pipit mengesahkan kejadian itu dan mendedahkan perkara itu sudah berlarutan sejak dua tahun lalu.
Menurut Pipit, anaknya akan menangis teresak-esak jika permintaannya tidak dituruti.
Si ibu berkata anaknya tidak pernah mengadu sakit perut atau mengalami masalah penghadaman. Namun, dia mendedahkan ada sisa selipar dan styrofoam' tidak dihadam.
Baca juga: Kanak-kanak alami sindrom ‘rare’ rambut tidak boleh disikat, hanya dihidapi 100 orang di dunia
[caption id="attachment_76726" width="800"] Kredit foto: Newsflare[/caption]
Baca juga: 4 maut termasuk bayi akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air. Mayat mereka melekat...
"Mulanya saya risau, takut juga dia makan begitu. Setakat ini Alhamdulillah dia tak pernah mengadu sakit," katanya.
GANGGUAN PEMAKANAN ‘PICA’
Pica adalah gangguan pemakanan di mana seseorang memakan sesuatu yang bukan dari jenis makanan.
Menurut Kid Health, masalah perkembangan seperti autisme atau kelainan upaya intelek, masalah kesihatan mental seperti gangguan obsesif-kompulsif (OCD) dan skizofrenia mungkin menjadi punca.
Tabiat ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan nutrien.
Mereka boleh mengalami anemia akibat kekurangan zat besi, keracunan, jangkitan parasit atau cacing pada usus, usus terhalang dan kecederaan pada mulut.
Baca juga: Kahwin 15 tahun, dikurnia 12 anak, wanita akui seronok miliki bayi dan anak keci
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI