APLIKASI TikTok dilihat makin popular dalam kalangan masyarakat sekarang.
TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.
Jangan lupa follow kami di Instagram.
Namun, tidak kurang juga penghasilan video yang 'terlampau' mungkin memberi kesan buruk kepada pemiliknya.
Nampak macam remeh kan? Tapi kesannya boleh mencetuskan penceraian!
Menurut laporan Gulf News, lelaki itu menceraikan isterinya setelah video rakaman dia membuat kerja rumah tular di TikTok.
Rakaman video tersebut menggunakan lagu latar yang seolah-olah menggambarkan lelaki berkenaan berada di bawah kawalan isteri.
Wanita itu menyelitkan lagu berbentuk provokasi pada video berkenaan yang menyebabkan si suami hilang sabar lalu menceraikan isterinya.
Baca juga Hanya imbas tangan untuk bayar keperluan shopping, pemuda ini sanggup tanam cip di dalam badan
Siapa sangka, lagu bertajuk ‘Mesaytara’ yang diterjemahkan menjadi ‘saya dominan’ atau ‘saya akan mengawal awak’ oleh penyanyi Syria, Lamis Kan menjadi punca utama di sebalik perceraian pasangan itu.
Justeru, berhati-hati dalam membuat sebarang video untuk tontonan umum.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI