Ingat sembelit, wanita tak sedar hamil bersalin di tandas, hampir ‘flush’ bayi sendiri

Iklan
lalene malik (1)

KEHAMILAN adalan proses pembentukan janin di dalam rahim dan berakhir dengan kelahiran bayi.

Selama 40 minggu mengandung, tubuh wanita akan turut mengalami perubahan ketara. Bahagian bawah abdomen menempatkan janin janin yang semakin membesar adalah salah satu perubahan fizikal yang dapat dilihat pada wanita hamil.

Iklan
Iklan

Belum ditambah dengan keletihan, muntah dan pening. Pendek kata, kehamilan adalah sesuatu yang sukar untuk tidak sedari.

 

Iklan

Baca juga: Bayi lahir pada tahun 2070 dijangka mampu hidup sehingga usia 150 tahun

Bagaimanapun wujud wanita yang tidak menyedari diri hamil sehingga tiba waktu bersalin. Mungkin ramai tidak mempercayai tetapi ia tidak mustahil bagi sesetengah wanita.

Iklan

Menerusi beberapa kajian, dianggarkan 1 daripada 400 hingga 500 wanita tidak menyedari diri berbadan dua sehingga usia kandungan memasuki lima bulan.

Seperti seorang wanita berusia 23 tahun di London yang akhirnya melahirkan anak di tandas kerana beranggapan dia mengalami sembelit.

Baca juga: 12 Tahun Menanti Jadi Ibu, 13 Kali Gugur, Wanita Nekad Hamil Akhirnya Lahirkan Anak Pertama

Lalene Malik dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Northwick Park di Harrow, London oleh keluarganya selepas mengalami sakit perut teruk di rumah mereka di Greenford, London barat pada 26 Mac lalu.

Pelajar jurusan Perhubungan Antarabangsa itu tidak merancang memiliki anak dalam masa terdekat sebelum menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Universiti Roehampton.

Justeru, Lanene telah dibekalkan pil perancang lima bulan lebih awal manakala dua ujian kehamilan yang dilakukan pada Februari negatif.

Baca juga: Misteri bayi hilang dikatakan dilarikan makhluk halus, tapi rupa-rupanya...

[caption id="attachment_78804" width="800"] Dianggarkan sebanyak 0.5 peratus (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.[/caption]

Ibu Lalene mendedahkan mendengar wanita itu menangis di tandas hospital. Malah  ibu mudah itu telah menyiram air (flush) tanpa menyedari kehadiran bayinya di dalam mangkuk tandas.

Perbuatan yang disengajakan itu menyebabkan bayi yang baru dilahirkan tersepit selama kira-kira tujuh minit sebelum diselamatkan oleh doktor dalam keadaan lemah dan tidak bernafas.

Bagaimanapun si kecil berkenaan berjaya diselamatkan dan telah dirawat.

Bayi berkenaan dilahirkan cukup bulan kini sihat. Suaminya yang kini sedang berada di luar negara apabila diberitahu tentang kelahiran bayi mereka.

Baca juga: Kahwin 15 tahun, dikurnia 12 anak, wanita akui seronok miliki bayi dan anak kecil

HOSPITAL CUAI

Pun begitu, kini timbul isu kecuaian hospital dalam mengesan kehamilannya semasa memberikan rawatan.

"Jika saya tahu saya hamil, setiap momen akan dihargai. Saya akan membuat persiapan dan menyediakan barangan untuk bayi.

"Ia adalah satu kejutan dan trauma bagi kami berdua,” katanya mengimbas kembali detik yang tidak disangka-sangka itu.

UJIAN KEHAMILAN NEGATIF

[caption id="attachment_78806" width="800"] Ujian kehamilan yang dilakukan Lalene sebulan sebelum bersalin menunjukkan keputusan negatif.[/caption]

Lalene  tidak merancang memiliki anak dalam masa terdekat bagaimanapun bersyukur dengan kelahiran si kecil yang dinamakan Mohammad Ibrahim.

"Jika saya tahu saya mengandung, saya akan menghargai saat-saat yang ada  dengan membuat persiapan untuk bayi," katanya kepada Daily Mail.

Wanita berkenaan juga meluahkan rasa kecewa terhadap doktor yang merawatnya sebelum ini kerana cuai dalam mengesan kehamilan.

Dia yang baharu menjalani pembedahan telah beberapa kali merujuk kepada doktornya setelah mengalami beberapa simptom.

Lalene mendedahkan pil perancang menyebabkan dia mengalami pertambahan berat badan dan sesak nafas, Justeru dia memutuskan berhenti dari mengambil.

"Ia satu rahmat dan saya gembira dengan kelahiran bayi saya.

"Tetapi sejujurnya, rawatan itu sepatutnya boleh mengesan kehamilan ini kerana saya memaklumkan saya sudah berkahwin dan mahu melanjutkan pengajian ijazah sarjana saya,” katanya.

Baca juga: Mengandung lagi selepas lima hari hamil, wanita lahirkan dua bayi bukan kembar serentak

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI