Mudahnya buat duit, wanita jual teks selamat malam, raih hampir RM20,000

Iklan
selamat malam (1)

TIDAK hanya menjual barangan, perkhidmatan juga boleh menjadi punca pendapatan.

Lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi terkini, membolehkan kita berkomunikasi di alam maya.

Iklan
Iklan

Siapa pernah terfikir menawarkan perkhidmatan penghantaran teks selamat malam?

Seperti wanita Guangdong, China ini, Wong Biying, 35, meraih pendapatan hampir RM20,000 hanya dengan menjual teks tersebut.

Iklan

Baca juga: Wanita terpaksa dibedah gara-gara batang calitan swab tersekat pada tekak

Iklan

Dengan harga serendah 1 yuan (66 sen) mesej mesra dan ringkas sepanjang 200 aksara dihantar kepada para pelanggan.

Malah pelanggan juga boleh memesan teks yang sesuai dengan keadaan diri masing-masing.

Biying awalnya ingin membantu mereka di dalam hidup kesunyian. Namun nampaknya ia bertukar menjadi punca pendapatan.

Menurut South China Morning Post, bekas eksekutif syarikat e-dagang itu menjadi viral di China pada awal Mei selepas Internet mendapati dia telah memperoleh lebih 30,000 yuan (RM19, 619.12) dengan menjual teks selamat malam dengan harga 1 yuan (66 sen) bagi setiap mesej.

Biying mula memikirkan idea itu pada 2012 ketika bekerja di dan memutuskan untuk membuka kedai ‘online’ di Taobao.

Baca juga:"Jangan cium bayiku” - Wanita letak ‘notis’ pada dahi anak raih perhatian warga maya

[caption id="attachment_81968" width="1024"] Biying menderita insomnia berharap perkhidmatan teks selamat malam membantu insan lain yang senasib.[/caption]

"Apabila pelanggan membuat pesanan, kebanyakannya akan menyertakan cerita mereka sendiri. Melaluinya, saya mendapat gambaran untuk mengarang teks selamat malam yang sesuai," katanya.

Wong memulakan perniagaan itu kerana merasakan dirinya terasing dan kesunyian hingga menyebabkan insomnia.

Kajian dilakukannya mendapati ramai orang lain mengalami masalah yang sama.

"Saya berpendapat apa salahnya kita menghubungkan orang yang tidak dikenali ini untuk saling bercerita antara satu sama lain.

 

"Kepercayaan orang yang tidak dikenali membuat saya meneruskan usaha ini, semoga sapaan kemesraan menyembuhkan saya,” tutur Biying.

Perkhidmatannya itu telah mendapat ulasan baik. Bagaimanapun, dia juga telah dikritik mengaut keuntungan daripada mesej sepatutnya percuma.

Baca juga: [VIDEO]Luar usang, dalam ibarat kayangan, bangsal tular buat ramai kagum

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI