20 tahun hidup jadi wanita, tak sangka jantina sebenarnya lelaki

Iklan
1

JANTINA bayi boleh dikenal pasti sejak dalam kandungan ibu. Biasanya dari minggu ketujuh hingga ke-12, alat kelamin bayi akan mula terbentuk.

Semasa ujian imbasan minggu ke-18 hingga ke-22, ramai bakal ibu bapa teruja melihat jantina bayi dalam kandungan.

Iklan
Iklan

Jika tak dapat dikesan awal, alamatnya selepas proses kelahiranlah baru diketahui anak, sama ada lelaki atau perempuan.

Jantina bayi ditentukan ketika pertumbuhan gen. Embrio bertemu kromosom XY akan menjadi anak lelaki manakala kromosom XX akan menjadi anak perempuan.

Iklan

Baca juga: 8 hari nikah, wanita dicerai suami gara-gara pakaian terkena nasi, cara basuh beras berbeza

Bagaimanapun, seorang gadis di Riyadh, Arab Saudi tidak menyangka bahawa sebenarnya dirinya adalah seorang lelaki. Ia hanya diketahui olehnya 20 tahun selepas dia dilahirkan.

Iklan

Menurut laporan Al Ekhbariya TV yang kemudian dikongsikan Gulf Today, masalah itu berpunca daripada ‘kesilapan perubatan’.

Individu terbabit dikenali sebagai Randa Shubayli tidak tahu bahawa dia memiliki alat kelamin lelaki yang tersembunyi di dalam abdomennya.

Difahamkan, ketika dilahirkan di sebuah hospital, doktor mengesan Randa mempunyai ciri tidak normal pada bahagian intim itu dan menyangka bahawa jantinanya adalah perempuan.

Bagaimanapun, seiring peningkatan usia, dia gusar kerana tidak mempunyai ciri-ciri gadis remaja yang sudah akil baligh seperti rakan-rakannya yang lain.

"Pada mulanya, ia adalah pelik, seolah-olah mereka berbohong kepada saya. Ia adalah tidak logik, seperti saya perlu bermula semula. Nama baharu dan identiti baharu.

"Sekarang, saya sepatutnya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bahagian alat sulit yang tersembunyi. Doktor mengesyorkan saya perlu pergi ke United Kingdom untuk pembedahan itu,” kata Randa.

Al Ekhbariya TV melaporkan keluarga Randa memfailkan aduan kepada bekas Menteri Kesihatan negara itu tetapi tiada tindakan diambil.

Malah bapa Randa juga dia cuba menghubungi hospital tempat Randa dilahirkan tetapi tidak berjaya.

Baca juga: Bayi maut selepas sejam dilahirkan, doktor ini kongsi bahaya kuman GBS

Masalah ini biasa terjadi kepada bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Jika ia terjadi kepada anda, jangan ragu-ragu dapatkan bantuan perubatan untuk mengesahkan jantina bayi dengan segera.

Baca juga: Jangan seronok sangat guna aplikasi tukar jantina, hadam dulu penjelasan ini

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI