Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Iklan
hadiah pengantin barang dapur (4)

HADIAHKAN kepada pengantin barangan yang bermanfaat seperti kelengkapan rumah dan barangan keperluan rumah, sekumpulan sahabat ini dipuji warga maya kerana ia bermanfaat daripada yang 'bukan-bukan' atau merapu.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok nzrnahmd_, kumpulan sahabat sedondon hitam itu menghadiri majlis meraikan rakan mereka menjadi raja sehari.

Iklan
Iklan

Antara hadiah yang dibawa ialah bantal, set kuali dan periuk serta bahan makanan seperti gula, bawang, sabun, telur, minuman coklat malt, minyak masak dan kicap.

Baca juga: Pengantin wanita tak selesa, rakan suami beri barang 'tak senonoh' atas pelamin, 10 idea hadiah 'rare'

Iklan

Baca juga: [VIDEO]Pengantin baru sedang 'photoshoot' terjun selamatkan budak hampir lemas dipuji warganet

Iklan

Baca juga: Kahwin 34 tahun tak sah kena nikah semula, jangan main-main bab wali

"Dah macam mangsa banjir,” tulis nzrnahmd_ pada kapsyen yang mungkin merujuk kepada hadiah yang dibawa mereka.

Warga maya rata-rata memuji kumpulan lelaki terbabit kerana memberikan buah tangan yang bermanfaat buat pengantin.

Walaupun mungkin harganya tidak tinggi, ia tentunya akan digunakan dan tidak ‘mencemarkan’ majlis.

Baca juga: Dek kalah 'game', pengantin perempuan dipukul di pelamin, ini tip kenali lelaki baran

-"Alhamdulillah. Hadiah beginilag bagus, baik-baik kawannya ni.”

-"Much better daripada bagi benda bukan bukan.”

-"Aku approve hadiah macam ni, mesra poket.”

-"Barang dapur mahal dah. RM50 dapat banyak mana je, minyak masak tu pun sudah berpuluh ringgit.”

-"Tell me you have a quality circle without tell me you have a quality circle.”

-"Bagusnya, hadiah macam ini lah paling berguna, daripada yang merapu.”

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memalukan apabila tetamu sebuah majlis perkahwinan membuat ‘onar’ menghadiahkan barangan ‘bukan-bukan’ kepada pengantin.

Hal ini mendapat kecaman warga maya malah mendapat perhatian pendakwah, Ustazah Asma’ Harun yang menyifatkan trend hadiah kahwin tidak bermaruah bukan sebahagian daripada budaya masyarakat kita.

Baca juga: Pasangan warga emas baru kenal 10 hari, terus berkahwin. Pindah ke rumah isteri bawa motor saja

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.