CINTA bertepuk sebelah tangan gara-gara lamaran ditolak membuatkan seorang lelaki hilang pertimbangan hingga sanggup menamatkan riwayat pelajar perempuan yang pernah disayangi.
Perihal hati dan perasaan jangan dibuat main. Menurut pensyarah psikologi Universiti Columbia, Geraldine Downey, hampir semua orang berasa sensitif apabila ditolak sama ada dalam persahabatan, percintaan dan sebagainya.
Malah ada yang merasakan sesuatu tidak kena apabila ‘bertepuk sebelah tangan’. Penolakan menyebabkan mereka lebih cenderung untukmelakukan perbuatan yang boleh memburukkan keadaan seperti seorang lelaki di Mesir ini.
Baca juga Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab
Menerusi Egypt Independent, seorang lelaki yang juga seorang pelajar bertindak menyembelih rakan perempuannya di hadapan pintu pagar Universiti Mansoura.
Saksi melaporkan bahawa pemuda itu, seorang pelajar jurusan seni tahun tiga melakukan perbuatan berkenaan ke atas gadis itu yang dikenali sebagai Naira Ashraf di hadapan pintu pagar, ketika dia dalam perjalanan ke perhentian bas untuk pulang.
Saksi berkata, lelaki muda telah beberapa kali dengan mengugut untuk membunuhnya Naira sebelum ini.
[caption id="attachment_85213" width="1024"] Lokasi kejadian[/caption]
Baca juga: Hanya kerana menolak lamaran, wanita ini dirogol dan dipenggal penuh kejam! Sadis sungguh
Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital.
Orang ramai menyerahkan suspek kepada polis selepas membelasahnya bertubi-tubi.
Namun mereka tidak menyangka tindakan Naira menolak lamaran menyebabkan lelaki berkenaan nekad untuk membalas dendam sedemikian rupa.
Orang ramai di jalanan menyaksikan pembunuhan sempat merakam kejadian sehingga pelakunya ditangkap dan diserahkan kepada polis.
Sementara itu, ketua pendakwa raya meminta pengguna media sosial agar tidak menyebarkan maklumat atau sebarang rakaman video berhubung pembunuhan itu secara dalam talian dan sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa.
Menurut Albawaba, insiden ngeri itu mencetuskan kekecohan di pelbagai platform media sosial manakala video ngeri mengenai insiden itu tersebar secara meluas bersama hashtag 'Justice for Naira.'
Pada saat cinta ditolak, mungkin akan ada emosi yang muncul seperti amarah, cemburu, perasaan bersalah dan malu. Justeru, penolakan haruslah dilakukan dengan dengan baik agar kedua-dua belah pihak tidak ‘terjejas’ atau berasa canggung di kemudian hari.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.