Kanak-kanak 4 tahun temui ajal, ditinggal ibu bapa dalam kereta suhu 49 darjah Celsius

Iklan
6

KANAK-kanak berusia empat tahun menemui ajal selepas empat jam ditinggalkan ibu bapa di dalam kereta pada suhu persekitaran yang panas. Difahamkan suhu di sekeliling pada masa kejadian ialah 49 darjah Celsius.

Iklan
Iklan

Tidak dapat penulis membayangkan situasi terpaksa dihadapi kanak-kanak perempuan bernama Sadia ini pada saat-saat akhir hayatnya.

Iklan

[caption id="attachment_85942" width="1024"] Sadia tertidur ketika tiba menyebabkan ibu bapanya meninggalkannya di dalam kereta.[/caption]

Iklan

Sadia bagaimanapun tertidur ketika tiba di lokasi menyebabkan ibu bapanya meninggalkan dia di dalam kereta.

Sadia tertidur ketika tiba menyebabkan ibu bapanya meninggalkannya di dalam kereta. Kira-kira empat jam kemudian, ibu bapanya kembali ke kereta dan Sadia didapati tidak sedarkan diri.

Metro UK berkongsi anggaran suhu di dalam kereta. Sekiranya suhu persekitaran 49 darjah Celsius, suhu di dalamnya mungkin mencecah 76 darjah Celsius, cukup panas untuk memasak atau memanggang.

Arab News melaporkan ibu bapa kanak-kanak itu ‘terlupa’ tentang anak mereka kerana tertekan dengan kematian dan proses pengebumian.

Ketua Jabatan Forensik, Ramhormoz Dr Gholamreza Haidarnejad berkata kanak-kanak itu meninggal dunia akibat strok haba dan sesak nafas.

Ibu bapanya sedang menerima kaunseling tetapi siasatan polis juga sedang dijalankan.

Strok haba atau heat stroke jangan dipandang mudah. Ia boleh berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat (41 darjah Celcius atau lebih) selepas terdedah kepada cuaca panas yang berterusan.

Tanda dan gejala strok haba

Strok haba terjadi apabila tubuh mengalami kekurangan air dan garam galian dalam jumlah yang banyak.

Berikut adalah tanda-tanda dan gejala strok haba;

  • Peningkatan suhu badan secara mendadak (41 darjah Celcius)
  • Denyutan jantung menjadi cepat
  • Pernafasan cepat dan pendek
  • Tekanan darah menurun
  • Badan kering dan panas
  • Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
  • Rasa kepala berpusing
  • Pening
  • Rasa mual
  • Sawan atau pengsan

Jika anda mendapati individu di sekeliling mengalami tanda-tanda strok haba, bawa mereka mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Cara paling ideal untuk mencegah strok haba ialah dengan mengelakkan aktiviti fizikal  apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari berpanjangan.

Selain itu, anda disaran kan meminum air kosong sebanyak tiga hingga empat liter sehari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.