Cuci perut lembu, tak perlu kikis sampai putih, nak mudah ikut tip ini

Iklan
2

CUCI perut lembu memakan masa yang lama. Ia yang asalnya berona kehitam-hitaman perlu dikikis dan dibersihkan sehingga putih sebelum dimasak. Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi, berikut tip mudah yang boleh digunakan.

Perut lembu atau babat antara hidangan yang menjadi menu setiap kali menjelang Aidiladha.

Iklan
Iklan

Pelbagai sajian boleh dihasilkan daripada perut lembu. Antaranya kerabu, masak lemak cili padi, air asam dan sup.

Rasanya enak namun apabila memikirkan perlu membersihkan perut, mungkin ramai yang rasa ‘lemah semangat’. Sementelah perut lembu yang segar, mencucinya agak rumit.

Iklan

Baca juga: Kecewa beli sup dapat najis, ini cara mudah cuci perut lembu

Baca juga: Gulai otak lembu buang urat jadi buruan, Umi kongsi teknik masakan

Iklan

Baca juga: Resipi roti jala lembut tak mudah basi, hanya guna sukatan cawan

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan. Cara pertama yang dikongsikan pengguna TikTok @ismi.shahirah yang menggunakan cuka sebagai ‘bahan pencuci’.

Menurutnya cara tersebut dikongsikan saudaranya yang dipelajari daripada orang Arab. Berikut adalah langkah demi langkah mencuci organ dalaman itu.

1.Basuh terlebih dahulu perut lembu dengan air biasa.

2.Kemudian rendam perut lembu dalam cuka selama kira-kira satu hingga dua jam.

3.Rendaman hendaklah menggunakan cuka sahaja, tidak dicampurkan dengan air.

4.Setelah dua jam, gosok perut tersebut sehingga putih dan bersih.

5.Kini ia bolehlah dimasak dengan apa jua resipi kegemaran.

Baca juga: Cara cuci air fryer dengan cuka

Mudah bukan? Tidak perlu lagi penat mengikis kekotoran pada permukaan perut lembu. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @ismi.shahirah

Baca juga: Resipi daging asam kunyit ringkas, sangat menyelerakan

Baca juga: 5 petua elak ketupat nasi cepat rosak, tidak tahan lama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.