‘Disangka kangkung, rupanya…’ - Wanita trauma silap makan daun ganja ketika bercuti di Thailand

Iklan
4

DISANGKA kangkung, rupa-rupanya daun ganja. Seorang wanita warga Singapura melalui pengalaman ngeri selepas menjamu selera ketika bercuti di Thailand.

Straits Times melaporkan wanita berkenaan berkunjung ke negara itu bersama-sama dengan suami, ibu mertua dan dua orang anak.

Iklan
Iklan

Ketika memesan hidangan makan malam di sebuah hotel di Chiang Rai, beliau dikatakan telah mencuba sup sayur Thai yang unik.

Bagaimanapun setelah menikmati sup sayur berkenaan wanita itu mula berasa loya dan mengantuk sehingga tertidur.

Iklan

Baca juga: Agih 1 juta pokok ganja, kerajaan Thailand benarkan penduduk tanam untuk ekonomi

Keesokan pagi, beliau kembali ke restoran tersebut untuk bertanya perihal makanan yang dipesan. Alangkah terkejutnya apabila pihak restoran memberitahu ‘sayur hijau’ yang dimakannya bukan kangkung sebaliknya daun ganja.

Iklan

Baca juga: Kerja gila! Pengantin perempuan didakwa sanggup hidangkan ganja kepada para tetamu. Ini yang terjadi...

[caption id="attachment_93678" width="800"] Kredit foto: Reuters[/caption]

Ganja atau nama saintifiknya cannabis sativa adalah tumbuhan yang penuh kontroversi. Di rantau yang terkenal dengan hukuman keras terhadap dadah haram, Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara pada 2018 menghalalkan ganja untuk penyelidikan dan penggunaan perubatan.

Menteri Kesihatan Thailand, Anutin Charnvirakul mengumumkan langkah itu dan menyatakan hasratnya agar ganja ditanam seperti tanaman isi rumah baru-baru ini.

Baca juga: Ganja bukan sahaja buat ketagih, ini kesan sampingan menakutkan

Kini banyak perniagaan di negara itu mula memasukkan ganja ke dalam makanan dan produk,

Menurut Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB), tidak mengetahui atau mengambil dadah secara tidak sengaja bukanlah satu kesalahan. Bagaimanapun, CNB telah menasihatkan pelancong supaya berhati-hati dengan makanan diambil di negara itu.

Justeru, wanita ambil sikap berwaspada. Semoga terhindar daripada kejadian tidak diingini ketika berlibur di sana.

Baca juga: Tak boleh tanya soal sewa rumah, isteri nyaris dipukul suami gara-gara ketagih ketum

Sumber: Straits Times

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan