Nenek 94 tahun ‘otai’ Photoshop di Instagram, hasil suntingan buat ramai ternganga

Iklan
1

SEORANG nenek berusia 94 tahun muncul sebagai ‘otai’ fotografi dan suntingan gambar yang dikagumi. Hasil seni Kimiko Nishimito yang popular di Instagram turut diberi julukan ‘Insta-Gran’ membuatkan warga maya ternganga!

Ternyata faktor usia tidak menjadi halangan buat Kimiko yang hanya jatuh cinta kepada dunia seni fotografi pada usia 72 tahun. Sejak itu beliau tidak pernah berhenti menghasilkan karya yang menakjubkan.

Iklan
Iklan

Suntingan tahap profesional hasil tangan Kimiko amat menarik dengan menjadikan tubuhnya sebagai subjek utama.

Iklan

[caption id="attachment_98156" width="800"] Kimiko beraksi di studionya[/caption]

Baca juga: Wanita tertua di dunia meninggal dunia pada usia 119 tahun. Ini fakta menarik tentang Kane Tanaka

Iklan

Tidak mengehadkan gambar potret yang biasa, fotonya disunting dengan kemas sehingga tampak seperti realiti.

Berdiri di celahan roti gergasi, memecut laju menaiki skuter, atau tiba-tiba terapung di udara atau digilis kenderaan, karya nenek ini memang kelas A!

Wanita itu meninggalkan kerjaya pelumba basikal pada usia 27 tahun selepas mendirikan rumah tangga. Bergelar isteri kepada dengan pegawai percukaian, Hitoshi, Kimiko dikurniakan tiga cahaya mata.

Baca juga: Bayam, susu, rahsia panjang umur wanita 128 tahun

Baca juga: Pengurus pejabat paling tua di dunia, masih gigih bekerja usia 90 tahun

Beliau menjalani kehidupan sebagai suri rumah biasa Kumamoto, Kyushu, Jepun membesarkan anak-anak dan tidak pernah terlibat dengan dunia seni fotografi.

Sehinggalah pada tahun 2000 ketika berumur 72 tahun, Kimiko menyertai kursus fotografi yang diajar oleh anaknya, pengarah seni, Kazutami Nishimoto.

Baca juga: Wanita usia 82 dan 91 tahun berjaya genggam ijazah. Usia memang bukan penghalang

Menemui ‘cinta baru’ dalam ekspresi fotografi, selepas itu Kimiko tidak pernah berhenti.

"Saya berminat dalam banyak perkara. Tidak kira berapa umur saya, saya akan terus mengambil gambar," katanya.

Kehilangan suami tersayang pada tahun 2012 kerana kanser paru-paru tidak mematahkan semangat Kimiko.

Pameran kali kedua beliau diadakan pada tahun 2018 yang bertajuk "Asobokane?" atau bermaksud ‘Adakah awak bermain’ di Shinjuku.

Tidak sangka nenek yang hampir 100 tahun masih kuat untuk melakukan aktviti kegemaran. Justeru, usah jadikan usia sebagai alasan untuk meneroka kemahiran baru. Masih belum terlambat untuk anda menceburi bidang yang disukai.

Di Jepun, seorang daripada 1,450 warganya berusia lebih 100 tahun.

Paling menakjubkan 88.4 peratus daripadanya adalah wanita manakala Okinawa disahkan mempunyai penduduk yang mempunyai usia yang panjang.

Sumber: Kyodo News, kimiko_nishimoto

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi