KUCUPAN buat ibu adalah hadiah paling bermakna diberikan pemain Maghribi, Achraf Hakimi selepas pasukanya membenamkan Sepanyol dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan untuk mara ke suku akhir.
Tamat perlawanan, pemain pertahanan Paris Saint-Germain berusia 24 tahun itu menghampiri ibunya di tempat duduk penonton.
Pelukan dan ciuman pada pipi dua beranak itu kemudiannya menjadi viral di seluruh platform media sosial.
Gelagat ibu dan anak itu menjentik hati. Di sebalik ciuman itu sebenarnya ada kisah yang menyayat hati.
Saida pernah bekerja membersihkan rumah di Sepanyol untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk si anak manakala bapa Achraf, Hassan Hakimi mencari rezeki sebagai penjual jalanan.
"Ibu saya tukang cuci rumah dan ayah saya penjual jalanan. Saya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah yang bergelut untuk menampung kehidupan. Hari ini, saya berjuang untuk mereka setiap hari. Mereka menyerahkan nyawa mereka untuk saya. Mereka mengorbankan banyak perkara agar saya berjaya,” ujar pemain itu kepada Bundesliga.com.
Baca juga: Bukan sekadar sebiji bola, Adidas bangunkan teknologi Al-Rihla sempena Piala Dunia 2022 Qatar
[caption id="attachment_100146" width="800"] Achraf bersama ibu, Saida dan adik perempuannya. (Kredit foto:" target="_blank" >Twitter Soccer212)[/caption]
Achraf yang dilahirkan di Madrid mula bermain bola sepak pada usia lapan tahun. Beliau boleh sahaja membuat keputusan bermain untuk pasukan Sepanyol tetapi bertindak memilih untuk mewakili Maghribi kerana ibu bapanya.
Walaupun sudah berkeluarga, Achraf tidak melupakan ibu. Tidak hanya isterinya, Saida turut dibawa mengikutinya ke Qatar selepas jurulatih, Walid Regragui dan presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi, Fouzi Lekjaa membuka peluang kepada para pemain membawa ahli keluarga yang dipilih.
Daripada pengorbanan ibu dan bapanya, Achraf kini antara pemain hebat yang bermain dengan banyak kelab terkenal dunia.
Baca juga: Tinggalkan bilik persalinan bersih lepas perlawanan, 10 fakta pasukan bola sepak Jepun
Beliau pernah mewakili Maghribi di pelbagai peringkat sebelum membuat penampilan sulung antarabangsa pada 2016 pada usia 17 tahun. Achraf juga dinamakan dalam skuad Maghribi untuk Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022 dan Piala Negara-Negara Afrika 2019 dan 2021.
Achtar menyertai Real Madrid Castilla pada 2016 dan dimasukkan ke dalam pasukan utama pada 2017. Beliau juga pernah dipinjamkan ke kelab Bundesliga Borussia Dortmund selama dua tahun dan memenangi DFL-Supercup pada 2019.
Berikutan kejayaan pinjaman dengan Dortmund, Achtar menyertai kelab Serie A Inter Milan dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak €40 juta dan membantu kelab itu memenangi kejuaraan liga, menamatkan kemarau kejuaraan selama sebelas tahun.
Persembahannya juga menarik minat beberapa kelab Eropah, dengan Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan membayar €60 juta pada 2021. Achraf menandatangani kontrak lima tahun dengan PSG pada 6 Julai 2021.
Baca juga: Acara pembukaan Piala Dunia 2022, ayat 13 Surah Al-Hujurat dialunkan, 10 info mesti tahu
Beliau digambarkan sebagai pemain pertahanan kanan yang pantas, dinamik dan kuat menyerang bek sayap atau bek sayap yang mahir dari segi taktikal serta teknikal serta mampu membuat hantaran tepat jauh dari pertahanan.
Berkahwin dengan pelakon Sepanyol berketurunan Libya dan Tunisia, Hiba Abouk. Pasangan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Ternyata kasih sayang ibu bapa kepada anak tiada tandingan, sanggup berkorban apa sahaja demi permata hati yang disayangi.
Justeru sebagai anak sentiasalah membahagiakan dua insan ini dalam kehidupan demi keberkatan dan reda mereka.
Baca juga: Gugur air mata, pengantin lelaki peluk ibu minta restu sebelum akad nikah sentuh hati warga maya
Sumber: majalla.com, Al-Jazeera, zawya.com, sportbible.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.