SANGGUP menderita dan menyeksa diri dengan mengunci rahang hanya kerana mahu kurus dengan cepat!
Kaedah ekstrem yang diguna pakai oleh seorang wanita di Cape Town, Afrika Selatan benar-benar membuatkan netizen garu kepala.
Lapor The Sun, Aviwe Mazosiwe nekad menjalani prosedur yang dikenali sebagai slimming wires demi menurunkan berat badan.
Wanita tersebut dikatakan perlu mencapai berat ideal sebelum menjalani pembedahan bagi mengecilkan payudaranya.
Mazosiwe sebelum ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram (kg) dengan kaedah berpuasa.
Bagaimanapun, selepas itu beratnya naik kembali sehingga menyebabkan beliau mengambil pendekatan nekad dengan mengunci rahangnya.
Dalam tempoh tujuh bulan selepas Mazosiwe mengikat gigi menggunakan wayar besi, beliau dikatakan berjaya menurunkan berat hingga 14.3kg.
Dalam tempoh tersebut, hanya makanan bentuk cecair seperti bubur, sup atau yogurt sahaja dimakan.
Difahamkan, wayar pada gigi wanita tersebut sudah pun dibuka untuk kali pertamanya pada bulan lalu.
Menurut Mazosiwe, beliau terpaksa bersabar untuk tempoh beberapa hari selepas wayar pada giginya ditanggalkan.
"Ia mengambil masa untuk kembali mengunyah dengan selesa disebabkan otot rahang agak kaku," katanya.
Selepas menerima tarikh untuk pembedahan mengecilkan payudara, beliau sekali lagi mahu mengunci rahang dengan proses yang sama.
"Ini yang kali terakhir selepas pembedahan. Saya akui ia agak melampau tetapi sangat membantu untuk saya dapatkan hidup yang lebih berkualiti.
Baca juga Sanggup seksa diri kerana mahu kurus. Selain boleh bawa kematian, ini impak buruk lain
"Jika tidak berbuat demikian, saya masih bergelut dengan disiplin diri dan makan sesuka hati," katanya.
Perkongsian kaedah wayar pelangsingan yang turut dikongsikan di akaun TikTok milikinya, @a_vee19 menerima pelbagai reaksi netizen.
Ramai yang memberi sokongan, tidak kurang juga yang mengecam tindakan tersebut.
Baca juga Air detoks bantu elak minuman manis, bukan jalan singkat untuk kurus
Ia dianggap sebagai menganiaya diri sendiri semata-mata mahu kurus dan cantik.
Dalam perkongsian terkini, beliau sudah selamat menjalani pembedahan mengecilkan payudara pada 3 Disember lalu.
Mungkin bagi Mazosiwe, itulah kaedah terbaik yang boleh dipraktikkan bagi menurunkan berat badan dengan cepat.
Sebenarnya terdapat banyak lagi kaedah pelangsingan yang ekstrem dipraktikkan dan tak masuk akal oleh wanita di seluruh dunia.
Berikut antara metod kurus pelik dikongsikan News24:
[caption id="attachment_100782" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
i) Pil cacing
- Tablet yang mengandungi telur cacing pita pernah dipasarkan untuk membantu orang ramai menurunkan berat badan pada tahun 1900-an.
- Telur ini dilaporkan menetas dalam sistem badan dan mencuri nutrien sekali gus menyebabkan penurunan berat badan. Sanggup ke tak sanggup nak telan pil ini?
[caption id="attachment_100780" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
ii) Bebola kapas
- Idea gila dengan mencelup bebola kapas dengan cecair seperti jus atau smoothie dan kemudian menelannya.
- Kapas tersebut dikatakan mampu membuatkan diri kenyang buat sementara waktu.
[caption id="attachment_100781" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
iii) Pil arsenik
- Pil diet yang mengandungi bahan bahaya seperti arsenik dikatakan mampu menurunkan berat badan walaupun ia beracun kepada manusia.
- Arsenik sejak kebelakangan ini dipromosikan sebagai bahan yang boleh mempercepatkan metabolisme.
Untuk mendapatkan berat badan yang sempurna, sebenarnya memerlukan kesungguhan diri untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
[caption id="attachment_100783" width="800"] SUMBER foto Pexels.[/caption]
Teknik paling mudah dan tidak berbahaya adalah bersenam dan menjaga makanan dengan porsi suku suku separuh.
Jadi, tidak perlu mendera diri dengan kaedah melampau semata-mata mahu nampak langsing dan cantik ya?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi