PATUTLAH ramai memilih Thailand sebagai tempat melancong, rupanya makanan mereka menjadi pilihan!
Memang tidak dinafikan makanan negara Gajah Putih itu sungguh enak. Biasa hidangannya memenuhi keseimbangan rasa antara pedas, manis, masin dan masam sekali gus menjadi kegemaran setiap pelancong yang datang ke negara itu.
Perkara itu dibuktikan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) yang menyatakan tinjauan yang dibuat baru-baru ini mendedahkan majoriti besar responden mengunjungi negara tersebut kerana menggemari makanan tempatan.
Menurut Thai PBS World, berikut fakta berkaitan;
1. Sebanyak 91 peratus responden memilih makanan Thailand selain perkara kedua paling popular dilakukan mereka mendapatkan perkhidmatan mengurut atau spa tradisional.
2. Sebanyak 48 peratus memilih urutan kerana disifatkan perkara paling mustahak dilakukan setibanya di negara tersebut.
3. Perkara ketiga dipilih responden adalah mengunjungi tempat bersejarah dan kira-kira 46 peratus daripada mereka menyukainya kerana minat mendalam dengan adat resam dan budaya rakyat tempatan.
4. Seterusnya, responden melancong ke Thailand atas faktor mendapatkan perkhidmatan rawatan dan lima rawatan utama paling popular adalah tulang dan sendi, pemeriksaan perubatan, rawatan metabolik, jantung dan vaskular serta pergigian.
Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnviraku menyatakan bahawa selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, kementerian itu mengutamakan pelancongan perubatan untuk menjana pendapatan negara.
Bagaimanapun, TAT tidak mengeluarkan sebarang tinjauan terbaharu tentang bagaimana pengesahan ganja telah memberi kesan kepada penjanaan hasil pendapatan kepada negara tersebut.
Sementara itu, ini lapan menu Thailand yang mungkin menjadi kegemaran anda. Antaranya;
[caption id="attachment_101136" width="800"] Kredit foto: wikipedia[/caption]
1. Miang Kham
Miang Kham bermaksud ‘one bite wrap‘ dan merupakan makanan ringan tradisi gabungan Thailand dan Laos. Makanan ini telah diperkenalkan oleh Puteri Dara Rasmi sejak zaman pemerintahan Raja Rama V.
Buat pengetahuan anda, Miang Kham merupakan signature Thailand dan mendapat permintaan tinggi dari pelancong yang datang ke negara itu. Cara nak makan Miang Kham ini mudah saja, macam makan sirih!
Antara bahan yang diperlukan untuk makan Miang Kham ialah daun kaduk, hirisan bawang merah, halia, cili, udang kering, kacang, hirisan kecil limau nipis dan kuah cicah yang dibuat dari gula.
Baca juga SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.