MILIKI keluarga besar dengan 102 orang anak dan 568 cucu, seorang lelaki dari Uganda terpaksa meminta isteri-isterinya menggunakan kontraseptif untuk mengelakkan kelahiran cahaya mata baru.
[caption id="attachment_102146" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
Musa Hasahya, 67, akhirnya memutuskan untuk berhenti membesarkan keluarganya supaya mereka mampu membeli makanan dan barangan keperluan.
Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil
Musa dan keluarganya tinggal di Lusaka, Uganda secara berpoligami.
"Saya tidak akan hamil dan melahirkan agi. Keadaan kewangan teruk dan kini saya sedang mengambil pil perancang,” kata isteri paling muda, Zulaika, 30, yang juga ibu kepada 11 orang cahaya mata lelaki itu.
Daripada 112 anak, 35 orang daripadanya adalah lelaki. Warga emas yang dilaporkan sudah mempunyai beberapa orang cicit itu berkahwin buat kali pertama ketika berusia 16.
Baca juga: Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, rupanya makanan cetus kehamilan berganda
Isteri pertama Musa, Hanifa menyifatkan suaminya seorang yang adil dan sangat mengambil berat tentang para isteri serta anak-anak.
Musa yang sebelum ini merupakan ahli perniagaan dan ketua kampung selama dua dekad dilaporkan tidak lagi mampu bekerja berikutan masalah kesihatan.
Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia
Sumber: New Vision Uganda, The Sun UK, Daily Mail
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi