Jodoh ‘lockdown’, terperangkap 10 hari kerana PKP, pasangan akhirnya berkahwin

Iklan
1

JODOH itu rahsia, kadang kala ditemui dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Sama seperti wanita di China ini yang akhirnya bertemu pasangan hidup ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19.

Saluran berita tempatan di sana mendedahkan wanita berkenaan dan pasangannya memutuskan untuk mengikat tali pertunangan selepas menyedari tidak boleh berpisah selepas PKP berakhir.

Iklan
Iklan

Baca juga: 7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas

[caption id="attachment_102771" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]

Iklan

Baca juga: Jodoh luar biasa, dulu crush kini bergelar suami. Haziq selesa galas tanggungjawab bapa segera

Pada Ogos 2022, pasangan yang identiti tidak didedahkan itu bertemu. Si lelaki mengembara dari Shenzhen ke bandar tempat tinggal wanita berkenaan di Sanya, wilayah Hainan, selatan China untuk ‘blind date’, lapor South China Morning Post.

Iklan

Dalam tempoh itu, masing-masing baharu mengetahui mereka berdua rupanya alumni sekolah yang sama dan pernah bertemu dua tahun yang lalu.

Enggan berpisah lagi selepas PKP berakhir, pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin empat bulan kemudian iaitu pada 26 Disemberdi pejabat pendaftaran Shenzhen.

Baca juga: Tak sangka bertemu jodoh dengan abang kurier, kisah cinta wanita kaki shopping buat netizen terkesima

[caption id="attachment_102772" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]

Kisah cinta pasangan tersebut sedang viral di media sosial yang akhirnya bersatu selepas terperangkap dalam sekatan 10 hari Covid-19.

Pengguna media sosial yang menyaksikan video yang tular menyifatkan pertemuan dua hati itu adalah sesuatu yang manis.

-"Akhirnya jodoh mereka bertemu.”

-"Kisah cinta yang sangat manis."

Baca juga: Jodoh rahsia ALLAH, wanita sebak pertama kali jumpa suami 7 bulan nikah ‘online’

Sumber: SCMP, NDTV

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi