Selepas ‘bercerai’ hampir 60 tahun, wanita ini kembali ‘berjodoh’ dengan dompetnya

Iklan
BEG DUIT (5)

Selepas ‘bercerai’ hampir 60 tahun, wanita ini kembali ‘berjodoh’ dengan dompetnya

SEORANG wanita West Virginia, Amerika Syarikat (AS) menzahirkan rasa syukur apabila kembali ‘berjodoh’ dengan beg duitnya yang telah hilang hampir 60 tahun lalu, lapor WVVA.com.

Iklan
Iklan

Pemilik dompet berkenaan, Sharon Day berkata, beliau tidak menyangka dapat menemui semula barangan kesayangan yang hilang sewaktu beliau berusia 16 tahun.

Secara spesifiknya, pada tahun 1968 ketika Day menuntut di Sekolah Menengah Tarian, Fayetteville, AS.

Iklan

[caption id="attachment_103398" width="800"] Kredit foto: Lukas[/caption]

Difahamkan pada tahun 2019, sekolah berkenaan telah ditutup dan tapaknya bakal dimajukan menjadi pangsapuri kediaman.

Iklan

Terperangkap di saluran logam

"Sewaktu melakukan operasi naik taraf, ada saluran yang kami patahkan dan apabila jatuh, banyak barangan yang terdapat di dalamnya seperti kasut dan beberapa benda lain,” katanya sambil menunjuk ke arah sekeping logam bengkok di siling sekolah kepada pihak media.

[caption id="attachment_103399" width="800"] Kredit foto: Pixabay[/caption]

Tambah Scott lagi, ada satu saluran yang pintunya tak pernah dibuka selama ini dan jika bukan disebabkan pengubahsuaian, segala ‘khazanah’ yang tersimpan tidak akan pernah terdedah.

"Di dalam ruangan itu, ada tiket lama perlawanan tinju dan beberapa barang lain. Serentak dengan itu juga, kami menjumpai dompet milik Day dan kami sedar bahawa ia merupakan harta peribadi seseorang.

"Setelah melihat kepada isi dalaman beg duit, ada gambar dengan maklumat diri dan kad keselamatan sosial. Disebabkan itu, kami mengambil pendekatan untuk memulangkan kembali kepada tuan,” katanya.

[caption id="attachment_103400" width="800"] Kredit foto: JOHNY REBEL, the Explorer Panda[/caption]

Dengan maklumat yang ada, Scott menggunakan media sosial, Facebook untuk menjejaki pemilik dompet itu.

Kurang dari seminggu, maklum balas diterima dan akhirnya beliau menjumpai Day.

Teringat kenangan lama

Menceritakan detik penemuan, wanita itu berkata, kakaknya memberitahu bahawa maklumat mengenai dirinya terpampang di laman sosial.

[caption id="attachment_103403" width="800"] Kredit foto: Robert Bogdan[/caption]

Sudah menjadi lumrah, jika kita belek semula barangan lama, pasti segala kenangan-kenangan lama muncul kembali.

Begitu juga dengan Day yang mula mengingati perkara-perkara tentang hidupnya yang telah beliau lupakan.

"Dengan melihat kepada barangan ini, saya rasa seolah-olah kembali ke zaman persekolahan dan saya nak buat buku skrap yang menyimpan segala foto dan nota yang ada di dalam dompet itu supaya ia boleh bertahan 54 tahun lagi,” ujarnya.

Beg tangan mendiang Williams ditemui selepas 63 tahun hilang

[caption id="attachment_103397" width="800"] Kredit foto: Lum3n[/caption]

Cerita penemuan semula beg duit selepas hilang bertahun-tahun bukan sahaja dialami oleh Day tetapi turut dihadapi oleh sebuah keluarga yang tinggal di Texas, AS.

Kisah bermula apabila bag tangan milik mendiang Beverly Williams yang telah hilang hampir 63 tahun ditemui di bawah pentas Sekolah League City, sewaktu pengubahsuaian bangunan dilakukan.

Menurut laporan KHOU.com, sebelum barangan itu berjaya diserahkan, League City Historical Society (LCHS) menceritakan tentang kesukaran mereka untuk memulangkan kembali kepada Williams kerana limitasi maklumat peribadi.

Disebabkan itu, LCHS mengambil pendekatan untuk berkongsi foto dompet dan barangan milik Williams di media sosial dengan harapan mereka akan dapat menyatukan semula kepada pemilik.

Akhirnya selepas membuat perkongsian, LCHS berjaya mengenal pasti anak perempuan Williams untuk memulangkan kembali barang hak milik ibunya.

Hmmm….bukan manusia saja berjodoh, barang pun pun sama.

Baca juga: Hilangkan batuk tanpa ubat, wanita boleh cuba cara urutan 3 titik

Baca juga: Gara-gara terjatuh main gelongsor, kanak-kanak 5 tahun hampir hilang penglihatan

Kredit foto utama: Matthis Volquardsen &

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi