Akibat cemburu dan taasub dengan pembunuh bersiri, wanita ini sanggup tikam teman lelaki sebanyak 22 kali

Iklan
taasub pembunuh bersiri

AKIBAT terlalu taasub dengan kisah pembunuhan bersiri, seorang wanita sanggup membunuh teman lelakinya dengan kejam.

Shaye Groves yang berusia 27 tahun itu bukan sahaja sanggup menikam mangsa sebanyak 22 kali, tetapi sempat merakam kawasan kejadian seperti orang hilang akal.

Iklan
Iklan

Lapor Daily Mail, ibu seorang anak itu dikatakan menikam mangsa di rumahnya di Boltley Drive, Havant, Hampshire, United Kingdom.

Ketika kejadian, Shaye dikatakan menyerang Frankie Fitzgerald yang sedang tidur menggunakan pisau yang menjadi koleksi simpanan peribadinya.

Iklan

Koleksi pisau yang ditemui di rumahnya juga dibeli daripada filem pembunuhan seperti Chuckie, Jigsaw dan Pennywise.

Tidak cukup dengan itu, potret pembunuh terkenal seperti Ted Bundy and Jeffrey Dahmer juga tergantung di dinding biliknya.

Iklan

[caption id="attachment_104302" width="800"] KEJAM! Shaye Groves sempat membuat panggilan video selepas menikam teman lelakinya sehingga mati.[/caption]

Apa yang lebih mengejutkan, suspek sempat membuat panggilan video bersama rakannya, Vikki Baitup ketika kejadian.

Tanpa perasaan takut, Shaye memberitahu mengenai pembunuhan terbabit sambil tergelak besar.

Dalam panggilan video berkenaan juga, dia dilihat teruja dengan pembunuhan tersebut, sekali gus membuatkan Baitup terkesima.

[caption id="attachment_104303" width="800"] MANGSA yang ditikam sehingga maut, Frankie Fitzgerald.[/caption]

Pada mulanya Baitup menyangka semua itu hanya prank semata-mata, namun beliau menjadi takut apabila suspek menunjukkan gambar mangsa penuh dengan darah.

Tidak mahu bersubahat, Baitup kemudian menghubungi pihak polis.

Baca juga Ibu temani anak demam tidur ditikam hingga bocor paru-paru, ini kronologi kejadian

Sebaik sahaja pihak berkuasa sampai di lokasi kejadian, mangsa yang tidak bernyawa ditemui di dalam tub bilik air.

MOTIF PEMBUNUHAN

Hasil siasatan pihak polis, punca pembunuhan tersebut rupa-rupanya disebabkan cemburu buta.

Shaye dikatakan tidak dapat menahan perasan marahnya selepas terbaca mesej di antara mangsa dengan seorang remaja berusia 13 tahun di Facebook.

[caption id="attachment_104308" width="800"] KAWASAN rumah suspek ditutup sementara siasatan dijalankan pihak polis.[/caption]

Dalam laporan sama, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian leher dan berlaku pendarahan teruk sehingga gagal diselamatkan.

Semua kecederaan itu disebabkan 19 tikaman pada dada, manakala tiga lagi pada bahagian leher.

Baca juga Sadisnya, kanak-kanak 4 tahun ditikam 10 kali gara-gara hutang

Prosiding kes pembunuhan ngeri tersebut masih berlangsung sehingga kini kerana Shaye menafikan semua tuduhan.

[caption id="attachment_104307" width="800"] KAWAL ketat. Pihak polis memantau lokasi kejadian.[/caption]

Wanita itu memberikan alasan kononnya dia hanya mangsa rogol dan tikaman itu sebagai tindakan untuk mempertahankan diri.

Pun begitu, semua rekod panggilan video dan keterangan saksi mematahkan cubaan penipuan tersebut dan Shaye bakal berdepan hukuman setimpal.

[caption id="attachment_104304" width="800"] KES pembunuhan di Hampshire, United Kingdom menjadi sensasi di media sosial.[/caption]

Boleh disifatkan kejadian pembunuhan itu sangat sadis kerana difahamkan ketika insiden berlaku, anak suspek ada di dalam rumah.

Baca juga Ditegur terlalu leka bermain telefon, bapa maut ditikam anak

Tak boleh bayangkan bagaimana keadaan si kecil jika ternampak semua itu. Mesti trauma, kan?

[caption id="attachment_104305" width="800"] KHEMAH polis dipasang di lokasi kejadian.[/caption]

Moga kejadian ini memberi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi