SIAPA sangka layang-layang pun boleh jadi punca kematian. Sebuah festival layang-layang sempena perayaan bertukar tragedi selepas enam orang maut kerana leher mereka berbelit dengan tali permainan itu.
Tak sangka tali layang-layang berpotensi bahaya. Mangsa yang terdiri daripada tiga kanak-kanak dan tiga orang dewasa terbunuh apabila kerongkong mereka dikelar.
Baca juga: Bahayanya! Kanak-kanak 12 tahun maut tercekik bebola daging
[caption id="attachment_104529" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
Lapor agensi berita Press Trust of India, dalam pesta yang berlangsung di Uttarayan di Gujerat, India pesaingan sengit di mana peserta cuba memutuskan tali layang-layang lawan.
Pegawai tempatan berkata beberapa mangsa mati kerana pendarahan selepas leher mereka terkelar tali yang digunakan oleh peserta.
Polis mengesahkan seramai 176 peserta lagi cedera selepas mengalami luka dan terjatuh ketika menerbangkan layang-layang.
Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut dijumpai dalam mesin basuh, ini panduan ibu bapa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikenali sebagai Kirti sedang menunggang basikal bersama bapa di bandar Bhavnagar apabila lehernya cedera terkena tali layang-layang dan dia meninggal dunia di hospital tempatan.
Dalam kejadian lain, mangsa bernama Kismat yang berusia tiga tahun sedang berjalan pulang bersama ibunya di bandar Visnagar apabila tali layang-layang menyebabkan lehernya terhiris.
Manakala di bandar Rakjot, polis berkongsi mangsa kanak-kanak Rishab Verma, 7, sedang menunggang basikal dengan ibu bapanya sebelum tali layang-layang melilit leher hingga mengakibatkan kematiannya. Aduhai tragisnya!
Baca juga: Kejamnya, kanak-kanak OKU maut di tangan boyfriend ibu, disumbat dalam guni, buang dalam semak
Kemalangan serupa dilaporkan berlaku di daerah Vadodara, Kutch dan Gandhinagar apabila tiga mangsa dewasa cedera terkelar tali layang-layang ketika berbasikal.
Menurut pasukan keselamatan seramai 130 orang mengalami luka dan 46 lagi tercedera akibat terjatuh dari ketinggian kawasan sekitar festival berkenaan.
Negara seperti Mesir tegas mengharamkan layang-layang bagi memastikan keselamatan rakyat.
Sumber: New York Post