Tak dibayar upah tambahan seperti dijanjikan, cef lepas geram pasang bom lipas demi lepaskan kemarahan

Iklan
lipas

APAKAH tindakan kalian jika upah bekerja pada cuti umum tidak dilangsaikan seperti dijanjikan majikan?

Mesti ramai yang geram, bukan? Kalau ikutkan hati yang panas, mungkin ada yang sanggup balas dendam kerana ditipu hidup-hidup.

Iklan
Iklan

Mula-mula, bukan main lagi kata nak buat bayaran double atau triple kepada pekerja, tetapi itu semua sekadar janji air liur saja.

Hal itulah yang terjadi di sebuah restoran Royal William IV di bandar Lincoln, Oregon, Amerika Syarikat.

Iklan

Lapor India Times yang memetik Metro.UK, seorang cef, Tom Williams mengamuk sakan apabila pemilik restoran enggan untuk membayar upah tambahan sempena cuti umum seperti yang dimaklumkan.

Iklan

Pergaduhan mulut berlaku kerana isu tersebut dikatakan bercanggah dengan kontrak kerja yang dipersetujui.

Bengang dengan kejadian itu, pemuda berusia 25 tahun berkenaan mengambil tindakan nekad dengan berhenti kerja dan meninggalkan premis serta-merta.

Baca juga Balas dendam suami curang, wanita potong alat sulit suami ketika tidur

Pun demikian, pertelingkahan tersebut tidak berhenti setakat itu saja. Williams datang semula selepas dua hari kemudian dengan kejutan yang tak disangka-sangka.

Beliau telah 'menghadiahkan' bom lipas demi menunjukkan dendamnya.

Akibatnya, lebih kurang 20 ekor serangga perosak terbabit berkeliaran di dapur restoran tersebut.

MATLAMAT TAK HALALKAN CARA

Lapor portal itu lagi, tindakan nekad Tom dilakukan selepas amaran yang diberikan tidak diendahkan.

Williams memberi peringatan kepada majikannya supaya menyelesaikan bayaran tertunggak jika tidak mahu apa-apa terjadi kepada premis tersebut. Namun, malangnya semua kata-kata itu dipandang sepi.

Meskipun semua yang tersurat dan tersirat sudah dilakukan, apa yang dilakukannya tetap salah. Matlamat memang tidak menghalalkan cara.

Baca juga Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri

Disebabkan perbuatannya dirakam oleh rakaman televisyen litar tertutup premis berkenaan, cef yang memiliki seorang anak itu ditahan polis dan dikenakan hukuman penjara 17 bulan.

Berdasarkan kertas pendakwaan, lipas yang dilepaskan tersebut bukanlah spesies asli dan digunakan sebagai sumber makanan ular dan tarantula.

Difahamkan, restoran tempat lama Williams bekerja berdepan kerugian hampir RM115,292 selepas serangan lipas yang dilakukan itu.

Baca juga Cinta dan lamaran ditolak, lelaki berdendam sembelih rakan universiti

Macam-macam. Susah kita nak buat kesimpulan tentang kejadian ini, kan?

Pertama, memang salah majikan tak tunaikan janji. Kedua, salah juga si Williams ni sebab ambil tindakan terburu-buru.

Natijahnya, kedua-dua pihak telah menerima pengajaran. Nasihat SinarPlus, berbuat baiklah sesama manusia. Kalau semua baik, dunia akan aman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi