Kisah cinta ustazah tular, kahwin pemuda Belgium selepas istikharah 7 kali
IKAN di laut, asam di darat, bertemu juga dalam belanga, demikian peribahasa yang tepat menceritakan perkahwinan wanita di Lombok, Indonesia ini.
Kisah perkahwinan wanita yang dikenali sebagai Ustazah Mauni menjadi tular di negara jiran selepas bernikah dengan seorang pemuda berasal dari Belgium, Jawad baru-baru ini.
Video yang memaparkan Ustazah Mauni memakai tudung dan jubah berwarna biru diraja duduk di samping Jawad yang berpakaian seperti orang tempatan iaitu berkopiah hitam, kain serban melilit lehernya dan berkain pelikat berlegar di laman sosial TikTok.
Baca juga: 7 tip bujang cari jodoh Dr Fadzilah Kamsah, pilihlah yang lihat waktu terburuk kita, tidak malas
"Pertama kali kami berkenalan ialah pada Disember 2022 melalui aplikasi Muslim. Di sana kami mula berkomunikasi antara satu sama lain,” kata Mauni yang menemui keserasian bersama Jawad meskipun tidak pernah bersua.
Selepas berkenalan melalui aplikasi jodoh, lama-kelamaan mereka berdua bertukar nombor Whatsapp untuk komunikasi lanjut. Menerusi sembang atau perbualan di WhatsApp, lelaki Kaukasia itu menyatakan hasratnya untuk mengahwini Mauni.
"Di WhatsApp, kami berbincang. Dia (Jawad) meluahkan perasaannya terhadap saya dengan izin ALLAH,” kata Mauni menerusi kapsyen video akaun TikTok @lombokdok.
Mauni berkata sebelum berkahwin, dia mahu lelaki itu memperteguhkan hati dengan solat istikarah dan berharap agar Jawad mendapat hidayah daripada ALLAH SWT.
Baca juga: Masih belum dikurniakan jodoh? Boleh amalkan 4 doa ini
Terdahulu, Mauni mengakui pernah menolak lelaki Belgium itu ketika mula rapat. Tetapi lelaki itu berkeras kerana mengagumi Mauni dan terpaut kerana beberapa faktor.
"Ya, pada permulaannya saya menolak sehingga dia menghantar mesej suara yang mengatakan ‘saya suka awak’. Saya sangat suka awak kerana awak seorang yang soleh. Kemudian yang kedua, Al-Quran sangat dekat dengan awak. Jadi dulu masa saya buat video call dengan dia, saya nampak cahaya pada awak katanya suami," kata Mauni sambil tersenyum malu.
Dalam video seterusnya, Jawad menerangkan sebab-sebab dia mahu berkahwin dengan wanita itu.
Jawad memutuskan untuk membuka aplikasi dating Muslim kerana kerana pernah mendengar beberapa pengalaman orang lain yang telah berjaya mendapat jodoh daripada aplikasi itu.
Daripada perbualan di aplikasi mencari jodoh, mereka berdua mula rapat dan mengenali antara satu sama lain dan lelaki Belgium itu percaya Mauni seorang wanita yang baik kerana berasal dari Indonesia.
Dia percaya wanita Indonesia baik hati kerana neneknya yang pernah beribadat di Mekah pernah dibantu wanita dari Indonesia.
"Nenek memberitahu orang ramai dan sesak.Ketika itu ada warga Indonesia yang melindungi nenek dan membantunya melaksanakan tawaf. Sejak itu, kami membuat kesimpulan bahawa orang Indonesia sangat peramah dan penyayang.
"Saya berjumpa dengan Mauni dan saya tahu dia orang Indonesia, kemudian saya terus teringat kisah nenek saya. Kemudian saya yakin dia seorang wanita yang baik," katanya kagum.
Meneruskan kisah cintanya dengan seorang lelaki warga Belgium, Mauni mendedahkan dia dan suaminya ingin menunaikan haji dan umrah bersama-sama.
Baca juga: Jodoh ‘lockdown’, terperangkap 10 hari kerana PKP, pasangan akhirnya berkahwin
"Saya mohon kepada ALLAH tolong kembalikan saya ke rumah-NYA dengan pasangan saya yang halal dalam bentuk haji. Nah, apabila dia meminang saya dan dia berkata mahu membawa saya bersama menunaikan haji bahawa, ia adalah petunjuk daripada ALLAh.
"Dan pertama kali dalam hidup saya buat istikarah sampai tujuh kali. Ada juga kenalan dari Itali, Perancis dan pelbagai negara. Saya lakukan istikharah betul-betul tujuh kali untuk memantapkan hati," ujar Mauni.
Ternyata jodoh itu rahsia ALLAH, namun sebagai manusia kita perlu berusaha dengan pelbagai cara namun jangan abaikan keselamatan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa.
Jika terdapat perkara mencurigakan, cuba elakkan daripada meneruskan perbualan atau menuruti arahan atau ajakan pasangan maya anda. Mungkin mereka berniat untuk melakukan perkara yang buruk.
10 INFO SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
1-Solat isktikharah adalah sunat. Bagi sesiapa yang ada hajat atau ingin memohon petunjuk tentang satu perkara yang ingin dilakukannya maka disunatkan kepadanya solat dua rakaat dan berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi saw sepertimana yang terkandung di dalam hadis riwayat Jabir.
2-Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah harus membaca surah al-Kafirun.
3-Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah harus membaca surah al-Ikhlas.
4-Berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi ataupun doa-doa yang sesuai.
6-Apabila seseorang telah melakukan istikharah, maka ALLAH SWT akan memberikan taufik dan hidayah kepada orang yang melaksanakannya untuk menyempurnakan urusannya dengan sebaik mungkin.
8-Justeru itu, apabila seseorang telah melakukan istikharah hendaklah dia melakukan hal urusannya seperti biasa berdasarkan apa yang dilapangkan hatinya dan dimudahkan urusannya, serta tidak menunggu untuk mendapat jawapan dalam bentuk mimpi atau seumpamanya.
9-Hal ini kerana istikharah yang dilakukan adalah untuk kita memohon pengakhiran yang baik kepada ALLAH SWT terhadap urusan yang kita usahakan.
10-Sesungguhnya tidak akan menyesal dan kecewa orang yang melaksanakan istikharah dan istisyarah kepada ALLAH SWT berdasarkan satu hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَ وَلَا نَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلَا عَالَ مَن اقتَصَد
Maksudnya: Tidak akan kecewa sesiapa yang melakukan istikharah, tidak akan menyesal orang yang meminta nasihat, dan tidak akan miskin orang yang bersederhana.
Hadis riwayat al-Tabrani (6:365)
Sumber: Wolipop, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.