Hairan kenapa kucing takut dengan timun dan botol terisi cecair merah? Ini penjelasannya
PASTI anda pernah menonton video-video viral tentang telatah kucing yang terkejut apabila melihat timun.
Menerusi rakaman yang disaksikan, si bulus akan melompat tak tentu arah sebelum lari lintang-pukang bila nampak sayur itu.
Sesetengah video pula menyaksikan ‘mereka’ pada awalnya cuba menghidu timun dengan rasa takut sebelum bertempiaran lari juga.
Menggunakan hashtag #catsandcucumbers di laman sosial, SinarPlus turut menonton beberapa video di antara kucing dan timun.
Tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan, kadang-kadang rasa lucu, tetapi adakalanya terbit rasa kasihan.
TIMUN & CECAIR MERAH SATU ANCAMAN?
Seorang pengkaji perilaku haiwan dan penulis buku Chasing Doctor Dolittle: Learning the Language of Animals, Con Slobodchikoff menerangkan, timun ialah tumbuhan yang mempunyai rupa dan bentuk seakan-akan reptilia ular.
"Timun kelihatan seperti ular dan menimbulkan rasa takut kepada kucing,” katanya yang dipetik daripada laman web Metro.Co.
Selain takut dengan timun, si bulus juga gentar kalau melihat botol yang diisi dengan cecair merah.
Menurut seorang pakar haiwan, Dr Arya T Sarjananto, mengisi air berwarna merah di botol belum tentu dapat mengusir kucing.
[caption id="attachment_112721" width="422"] SUMBER Dids daripada PEXELS.[/caption]
Pun demikian, katanya, kucing mungkin berasa 'terancam' kerana pantulan sinar terang dari air tersebut.
"Jika cahaya yang diterima oleh mata kucing sangat terang, anak mata akan kelihatan seperti garis nipis. Semakin nipis lebar anak mata, semakin kecil cahaya yang diterima (oleh mata). Pada siang hari, kucing lazimnya akan juling matanya,” katanya kepada Tribun News.
Bagi warna merah pula, menurut Arya, kucing memiliki sifat separa buta warna dan tidak dapat mengenali banyak rona.
PUNCA TIBA-TIBA RASA TAKUT
Dalam situasi berbeza, kadangkala si bulus secara tidak semena-mena akan berlari menyorok di bawah sofa walaupun tiada apa-apa pun yang berlaku.
Kita pun jadi terkejut sama tau.
‘Mereka’ akan kelihatan menggeletar, mengiau berlebihan, tercungap-cungap atau tidak mahu makan.
Itulah, kadang-kadang kita sendiri tak berapa jelas apa yang berlaku.
Bagi menjawab tanda-tanya itu, SinarPlus merujuk diamondpet.com.
Baca juga: Pertama kali ditemui, kucing ‘rare’ berbulu gebu diami Gunung Everest, 15 info menarik
Baca juga: Bukan saja manusia, kucing pun boleh dapat penyakit jantung, diabetes kalau obes
Laman web berkenaan menyenaraikan lima hal yang boleh menyebabkan kucing stres atau takut. Antaranya:
1)Bunyi dentuman di langit
- Bunyi percikan bunga api adalah salah satu penyebab kucing berasa takut.
- Hal ini kerana makhluk kecil tersebut mempunyai deria pendengaran dan bau yang sangat tajam. Jadi jika bunga api berbunyi kuat dan berbau, ia akan menukar tabiatnya dan kelihatan cemas.
[caption id="attachment_112706" width="533"] SUMBER Erika Montebello daripada PEXELS.[/caption]
2)Air
- Walaupun bukan semua kucing takut pada air, wajar untuk dikatakan kebanyakan haiwan itu memang takut dengannya.
- Seperti yang kita tahu, kucing ialah haiwan yang sangat bersih, namun ada ketika ia perlu dimandikan.
- Pastikan si bulus anda berada dalam keadaan selesa sebelum perlahan-lahan menjirus badannya dengan air sekiranya mahu memandikan haiwan tersebut.
[caption id="attachment_112709" width="500"] SUMBER Atahan Demir daripada PEXELS.[/caption]
3)Perubahan persekitaran
- Kucing ialah binatang yang mempunyai tabiat dan sekiranya rutinnya berubah, ia boleh mendatangkan tekanan kepada haiwan tersebut.
- Berpindah rumah adalah salah satu contoh yang boleh menyebabkan haiwan mamalia itu mempunyai perasaan berkenaan.
[caption id="attachment_112711" width="800"] SUMBER Boys in Bristol Photography daripada PEXELS.[/caption]
4)Objek, buah atau orang yang tidak dikenali
- Kucing sukakan tempat yang selamat. Jadi, sekiranya sesuatu yang baharu dan asing memasuki ruangnya, itu mungkin akan membuatkan ‘mereka’ rasa terganggu.
[caption id="attachment_112713" width="800"] SUMBER Itsmeseher daripada PEXELS.[/caption]
5)Diet berasaskan tumbuhan
- Haiwan manja ini sebenarnya tidak takut dengan makanan berasaskan sayur-sayuran, tetapi memberikan makanan berasaskan tumbuhan yang tidak bernutrisi adalah menakutkan.
- Selain memerlukan makanan mengandungi protein dan kandungan arginina, kucing juga perlu mendapatkan manfaat taurina, vitamin A dan asid arakidonik dalam dietnya.
- Kegagalan memenuhi keperluan tersebut boleh menyebabkan kucing mati dan itulah yang menakutkan.
Jadi, selepas ini tidaklah anda pelik lagi melihat kelakuan si bulus kesayangan sekiranya ia tiba-tiba bertukar agresif atau terancam.
Satu lagi, kalau dah tahu kucing takut dengan timun atau botol dengan cecair merah, janganlah sengaja mempermain-mainkan ‘mereka’.
Ajar dan didiklah haiwan kesayangan Rasulullah SAW sebaik-baiknya terutama kalau mahu buang air besar atau kencing.
Pastinya pencinta kucing lebih arif, kan?
Baca juga: Tahap kebersihan memang tip top, Mia Cat Paradise syurga keselesaan untuk kucing tersayang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.