Sanggup tinggalkan bayi 16 bulan seorang diri lebih 10 hari, ini kejadian yang tak disangka-sangka

Iklan
bayi maut

SANGGUP tinggalkan bayi yang masih kecil seorang diri di rumah, hanya kerana mahu bercuti!

Lagi teruk, si kecil berusia 16 bulan itu disahkan meninggal dunia selepas dibiarkan sendirian selama 10 hari tanpa makan dan minum.

Iklan
Iklan

Bagaimana seorang ibu sewenang-wenangnya boleh bertindak sedemikian? Memang tak berhati perut langsung.

Insiden tak masuk akal itu berlaku di Cleveland, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Iklan

Lapor NBC News dan News5, si kecil bernama Jailyn ditemui tidak bernyawa oleh ibunya, Kristel Candelario.

Iklan

Wanita berusia 31 tahun itu dikatakan baru pulang bercuti dari Puerto Rico dan Detroit.

Menurut laporan polis, ibu dua anak tersebut menjumpai anaknya di ruang bermain yang ditinggalkan sebelum ini.

Panik melihat bayinya tidak bernyawa, Kristel kemudian menghubungi talian kecemasan untuk bantuan.

Malangnya, Jailyn disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan lanjut.

Merujuk laporan perubatan, si kecil itu tidak mengalami sebarang kecederaan atau trauma.

Punca kematian disebabkan kelaparan selama 10 hari ditinggalkan!

 

Disebabkan insiden berkenaan, wanita itu ditahan pihak berkuasa kerana kecuaian sehingga mengakibatkan kematian.

Baca juga Bayi maut retak kepala, lepas 15 minit hantar ke rumah pengasuh. Warganet titip doa

Kristel kini ditahan reman di Penjara Cuyahoga County dengan ikat jamin sebanyak RM4.67 juta.

Wanita yang bekerja pembantu guru itu difahamkan tinggal bersama ibu bapanya dan seorang lagi anak perempuan.

Sebelum kejadian, kedua orang tuanya pergi bercuti dan membawa anak sulungnya sekali.

Pernah berulang

Berita pemergian itu membuatkan penduduk setempat kecoh. Pada masa sama, mereka terkilan dengan sikap sambil lewa wanita terbabit.

Menurut portal itu lagi, beberapa jiran memberitahu, mereka pernah menjaga anak malang itu sebelum ini.

"Jika Kristel ada hal, kami memang boleh jagakan anaknya. Lagi pun Jailyn seorang budak yang comel dan baik.

"Memang tak patut buat Jailyn macam itu. Kami benar-benar rasa kehilangan," katanya.

Apa yang memeranjatkan, insiden meninggalkan anak seorang diri sudah kerap terjadi.

Baca juga Ditinggalkan ibu, bayi 3 bulan didera bapa sampai mati, berikut kronologi kejadian menyayat hati

Bukan sekali, tetapi banyak kali!

Malah, jiran tetangga yang prihatin pernah menasihatkan suspek supaya tidak meninggalkan anak tanpa pemantauan.

Apa yang mereka takutkan akhirnya terjadi.

Bahkan mereka tidak menyangka bayi itu ditinggalkan dalam tempoh yang lama.

Baca juga Bayi meninggal didakwa terjerut buaian, bapa minta siasatan semula, kesan lebam pada leher meragukan

Aduhai, boleh pula tinggalkan anak yang masih tak tahu apa-apa di rumah dalam tempoh bukan satu dua jam, tapi 10 hari.

Melihat foto yang dikongsikan, hati min jadi sayu.

Mungkin si kecil itu penat menangis, kelaparan dan pada masa sama mencari orang tapi tiada siapa pun di rumah.

Moga kejadian ini memberi iktibar kepada semua.

Anak adalah amanah ALLAH. Jagalah dengan sebaiknya dan bukannya lepas tangan begitu saja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!