16 tahun kahwin baru terbongkar 4 anak bukan darah daging, suami berang tikam isteri sampai mati

Iklan
4 ‘kes tikam’ yang dilaporkan berlaku di Malaysia melibatkan ahli keluarga sendiri

16 tahun kahwin baru terbongkar 4 anak bukan darah daging, suami berang tikam isteri sampai mati

MALANG nasib seorang suami apabila isteri sendiri curang hingga miliki empat zuriat bukan anaknya.

Iklan
Iklan

Seorang lelaki di Kalimantan Barat, Indonesia ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya selepas mengetahui wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga melahirkan empat anak.

Suspek yang dikenali sebagai Joni akui tidak menyangka bahawa empat anak yang disangka lahir dari rahim isterinya rupa-rupanya bukan darah dagingnya sendiri sebaliknya adalah hasil hubungan terlarang isterinya, Siti Oktaviana bersama lelaki lain.

Iklan

Menurut sumber, kes itu terbongkar apabila suspek berasa curiga dengan isterinya selepas melihat wanita itu berdua-duaan dengan lelaki lain.

Baca juga 7 tahun diet hanya makan durian & nangka, influencer Rusia mati kebuluran

Iklan

 

Dia kemudian bertanya kepada isterinya sama ada mempunyai hubungan dengan lelaki lain atau pun tidak tetapi wanita itu tidak memberi sebarang jawapan.

Disebabkan itu, berlakunya perselisihan faham antara mereka.

Akhirnya, mangsa mengakui bahawa keempat-empat anak yang dilahirkannya adalah hasil hubungannya dengan lelaki lain.

Suspek yang berang dengan berita tersebut kemudian menampar isterinya sehingga wanita itu mengugut mahu melaporkan kepada pihak polis.

Suspek akhirnya nekad mengakhiri hayat isterinya dengan memukul mangsa. Mangsa dikatakan sempat melarikan diri namun berjaya ditangkap suspek.

Baca juga Sampainya hati! Terpisah kerana perang, 54 tahun wanita setia menunggu, suami beristeri baru, miliki anak cucu

[caption id="attachment_40578" width="1024"] Gambar hiasan Google[/caption]

Suspek kemudian menikam isterinya berkali-kali menggunakan gunting.

Takut melihat keadaan isterinya yang cedera parah, suspek sempat membawa mangsa ke hospital namun mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Semasa soal siasat, pada mulanya suspek mendakwa dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tetapi akhirnya terbongkar selepas keputusan bedah siasat menunjukkan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan dipukul dengan objek tumpul.

Suspek dan mangsa telah berkahwin selama 16 tahun.

Sumber: Tribunnews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!